Tiga kali mengalami fasa kegagalan rumah tangga tidak melemahkan semangat Tom Cruise untuk memiliki teman hidup. Memetik laporan Mirror UK, pelakon berusia 60 tahun itu berkata, dia terbuka untuk mencari pasangan dan yakin akan menemui wanita yang sempurna.
Terbaharu, Tom dikaitkan dengan penyanyi Shakira, namun wanita itu dikatakan tidak berminat dengannya. Bagaimanapun, Shakira memohon agar Tom berhenti menggodanya kerana dia sedang melalui fasa rumit berikutan perpisahan yang menyakitkan bersama pemain bola sepak iaitu Gerard Pique. Dalam pada itu, menurut sumber, rakan-rakan pelakon filem Mission Impossible itu telah memberikan beberapa nasihat tip temu janji untuk aktor berkenaan mencari teman hidup. "Tom sangat suka untuk bertemu dengan seseorang yang istimewa dan dia percaya gadis yang tepat itu ada di luar sana," kata sumber.
Untuk rekod, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali termasuk bersama bintang popular Hollywood iaitu Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes. Aktor berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella Jane Cruise, 30, Connor Cruise, 28, dan Suri Cruise, 17. Sumber: mStar
|
babelina replied at 6-6-2023 04:29 PM
shakira pn dh dgn lewis hamilton..
lasagna replied at 12-6-2023 08:31 AM
ohh really? nak pulak lewis dgn acik tua tu.
Mamiyan replied at 20-6-2023 08:18 AM
Taste lewis mmg yg tua dari dia. Ex gf dia nicole tu pun dulu tua dari dia. Umur je tua tapi body ...
ADVERTISEMENT