Dikategorikan sebagai salah seorang pelakon berjaya dan terkenal hampir di seluruh dunia, Salman Khan bagaimanapun dikatakan tidak berjaya dalam dunia percintaan. Malah, berkali-kali gagal berkahwin, daripada bercinta dengan Aishwarya Rai sehinggalah Katrina Kaif.
Dalam salah satu program, Salman Khan membuat pengakuan bahawa dia masih teruna walaupun usianya menjejak 57 tahun. Ramai curiga dengan kenyataan ini, tidak kurang juga yang mengatakan Salman Khan tidak menyukai wanita selepas dia menolak lamaran peminat jelita suatu ketika dahulu. Kenyataan tersebut mendapat perhatian dari saudaranya sendiri, Arbaaz Khan. Arbaaz memandangnya dengan penuh makna sambil bertanyakan kepada Salman Khan adakah dia betul-betul teruna sambil ketawa. Daripada cara pandangan tersebut, ramai seperti memahami apa maksud yang ingin disampaikan oleh Arbaaz Khan.
Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT