Susulan didakwa menjadi punca aktor terkenal, Shukri Yahaya kemalangan dalam Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung pada Ahad, Ezzrin Loy dipuji sweet kerana membawa hadiah sebagai tanda permohonan maaf.
Ia berikutan video tular di TikTok merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin. Berikutan itu, ruangan komen video itu dibanjiri kritikan netizen yang menyalahkan cara pemanduan Ezzrin. Apatah lagi apabila melihat anak perempuan Shukri iaitu Ameena yang menonton perlumbaan itu, menangis sebaik sahaja melihat bapanya kemalangan. Ezzrin menerusi akaun Instagramnya kemudian menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan salah faham netizen berkenaan kejadian yang berlaku. Dalam pada itu, Shukri menerusi ruangan Insta Story miliknya memuat naik perkembangan terkini keadaannya. “Semuanya baik-baik sahaja, jangan risau kita okay,” tulisnya ringkas. Malah, Shukri juga turut merakamkan kehadiran Ezzrin ke rumahnya sambil membawa hadiah untuk anak-anaknya sebagai tanda minta maaf. Untuk info, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) tahun ini sudah memasuki musim ke-6. Perlumbaan Vios Challenge menampilkan selebriti kesayangan Malaysia beraksi dalam kumpulan Promotional Class. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT