Kali pertama menerima tawaran sebagai pelakon utama dalam drama, Ismail Izzani mengaku masih banyak perlu dipelajari untuk terus bertahan. Ismail atau nama sebenar, Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, berkata bidang lakonan bukanlah cabang seni kegemaran, namun, mahu cuba memperbaiki kekurangan dengan menerima semua kritikan.
"Saya tidak ambil kritikan penonton dengan serius walaupun ada yang mengatakan saya tidak sesuai untuk menggalas watak utama. Bagaimanapun, saya cuba beri yang terbaik. "Ini pengalaman saya sepanjang bergelar anak seni. Malah, percubaan untuk memegang watak utama atau berlakon menunjukkan saya sudah berani mencuba perkara baharu. "Saya juga tidak kisah apabila ada orang menyamakan dengan Nobita sebab saya pernah terima kecaman yang lebih teruk daripada itu. "Walaupun itu bukanlah perkara yang saya mahukan, tapi saya tetap memandangnya daripada sisi positif. Apabila ada yang kata seperti itu, ia bermakna mereka menonton drama berkenaan," katanya kepada BH Online.
Ditanya faktor mendorongnya untuk berlakon, penyanyi yang popular dengan single Sabar itu berkata, dia mendapat sokongan daripada ibu dan syarikat produksi, biarpun diselubungi perasaan risau pada awalnya.
|
dudaberhias: Beri yang terbaik appoo? Lakon ...
ADVERTISEMENT