Penyanyi dangdut Dewi Perssik dituduh sebagai wanita gatal gara-gara berkongsi videonya sedang bergelek tarian terbaharu. Menerusi perkongsian di Instagram penyanyi berusia 37 tahun itu, memaparkan kelincahannya menari sambil menyayang bahagian perutnya.
Difahamkan ia merupakan tarian yang baharu yang dipelajari daripada gurunya. Bagaimanapun perkongsian tersebut tidak disenangi beberapa orang pengikutnya. Malah menuduhnya melakukan cubaan untuk mengoda lelaki lain. "Janda gatal, tak ada suami berharap hidung belang bernafsu dengan kau" kata pengguna Instagram berkenaan. Enggan berdiam diri, Dewi membalas komen pengguna Instagram tersebut bagi membela dirinya. "Gatal? Memang ambil suami kau?" katanya. Untuk rekod, Dewi dikatakan sudah bercerai sebanyak tiga kali dan kini sedang hangat bercinta dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Rully.
Sumber: mStar |
hokeypokey replied at 4-6-2023 12:27 PM
dh mmg kerja dia penyanyi dangdut wajib la bergelek sakan, bknnya dia ustazah pun..
ina_na replied at 6-6-2023 06:14 PM
Bl X bergelek nanti kn kecam pulak kan..ape nari dangdut berdiri tegak mcm nyanyi lagu kebangsaan. ...
ADVERTISEMENT