CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 20 Bulan Dijaga Jerman, India Gesa Ariha Shah Dipulangkan

3-6-2023 06:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1051| Komen: 3

New Delhi: India menggesa Jerman menghantar pulang seorang kanak-kanak warga India berusia dua tahun yang diletakkan di bawah jagaan negara berkenaan selama lebih 20 bulan, dengan mengatakan ia melanggar "hak sosial, budaya dan bahasanya."


Ariha Shah telah diambil daripada ibu bapanya yang berbangsa India oleh pihak berkuasa Jerman di Berlin pada September 2021 ketika dia berusia tujuh bulan. Ayahnya bekerja di Jerman pada masa itu, namun kini ibu bapanya telah kembali ke India.

Ibu bapa Shah, menurut laporan media India berkata, dia secara tidak sengaja dicederakan oleh neneknya, yang melawat dari India, dan pihak berkuasa meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan Pejabat Kebajikan Belia Jerman ketika mereka membawanya ke hospital.


Hak penjagaannya telah menjadi isu diplomatik, dengan New Delhi membincangkan perkara itu dengan menteri luar Jerman ketika lawatan ke India pada Disember.


"Kami menggesa pihak berkuasa Jerman melakukan semua yang perlu untuk menghantar Ariha ke India secepat mungkin, juga merupakan haknya yang tidak boleh dicabut sebagai warga India," kata jurucakap kementerian luar India Arindam Bagchi kepada pemberita pada Jumaat.

"Penempatan berterusan Ariha dalam jagaan Jerman dan pelanggaran hak sosial, budaya dan linguistiknya amat membimbangkan kerajaan India dan ibu bapanya," katanya.

Bagchi berkata, kepentingan terbaik kanak-kanak itu boleh direalisasikan sepenuhnya apabila dia berada di negara asalnya di mana hak sosiobudayanya boleh dilindungi.

Beliau berkata India mempunyai sistem kebajikan dan perlindungan kanak-kanak yang teguh, dan terdapat ibu bapa angkat yang berpotensi di India yang sanggup membesarkan kanak-kanak itu dalam lingkungan sosiobudayanya sendiri jika perlu.

Pejabat Luar Jerman berkata pihaknya ada berhubung dengan pihak berkuasa India, namun ia tidak dapat mengulas mengenai prosiding yang sedang berjalan di pejabat kebajikan belia dan mahkamah keluarga dan ia tidak mempunyai pengaruh ke atas mereka.

"Keputusan sama ada kemungkinan untuk memindahkan Ariha Shah ke India adalah terpulang kepada penilaian undang-undang oleh mahkamah yang bertanggungjawab semasa prosiding yang sedang berjalan."

Semasa lawatan ke India pada Disember, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock berkata kanak-kanak itu sihat dan "kesejahteraannya adalah keutamaan".

Dia berkata Jerman "menjaga identiti budaya setiap kanak-kanak yang dijaga oleh pejabat belia di Jerman".


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 3-6-2023 11:39 PM
Lebih kurang cerita Chaterjee vs Norway je ni
Quote matbad 4-6-2023 11:34 AM
Kalau budak tu serah kpd india semula,dah besar nanti msti dia menyesai hihi
Quote hokeypokey 4-6-2023 12:14 PM
lagi elok kt jerman dr kt india.. eh mak bapak dia tak fight ke sebelum balik india?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068641 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top