Kuala Lumpur: "Itu biar orang lain jawab," katanya ringkas kepada pemberita, di sini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak yang sepatutnya untuk menjawab berhubung isu tuntutan Sulu ke atas kerajaan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan kumpulan Sulu yang bertindak biadap apabila menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun meminta bayaran pampasan. Secara amalannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, sering menjadi wakil kerajaan dalam menjawab isu berhubung tuntutan Sulu. Sebelum ini, Azalina dilaporkan berkata, kumpulan Sulu yang menuntut hak ke atas Sabah bertindak biadap apabila menghantar surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun meminta bayaran pampasan.
Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini juga menyelar dan menganggap surat, tuntutan dan sindiran terhadap kerajaan Malaysia oleh peguam Paul H Cohen yang mendakwa sebagai waris kumpulan Sulu, sebagai melampau. Menerusi surat bertarikh 28 Mei itu, peguam berkenaan menuntut bayaran segera, iaitu sebelum 2 Jun bagi 'Final Award' yang dikatakan berjumlah sebanyak AS$16.412 bilion (RM75.12 bilion) termasuk 10 peratus faedah serta AS$3.502 bilion (RM16.02 bilion) bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta AS$4.026 bilion (RM18.44 bilion) bagi kos timbang tara. Sumber: Harian Metro |
Innrukia replied at 3-6-2023 07:16 PM
PMX terpalinggg hebat. Ni bukan isu negara Malaysia rupanya...
ADVERTISEMENT