PUTRAJAYA: Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala adalah suatu perbuatan khurafat. Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri tampil menjelaskan tentang tindakan segelintir umat Islam yang mempercayai bahawa amalan itu boleh melindungi pemilik kereta daripada perkara yang tidak diingini.
Zulkifli menerusi aktikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri berkata, amalan itu juga jelas tiada sandarannya daripada al-Quran atau Sunnah Nabi SAW. “Sesuatu amalan, meskipun ia disangka baik, akan tetapi tidak mempunyai sebarang dalil yang membenarkannya, maka amalan tersebut tertolak. “Pada zaman kita ini, kereta atau kenderaan lain yang dinaiki boleh kita qiaskan dengan haiwan tunggangan. “Hal ini kerana kesemuanya mempunyai fungsi yang sama iaitu dijadikan sebagai pengangkutan untuk bergerak daripada satu tempat ke suatu tempat yang lain.
“Maka doa adalah sangat sesuai untuk kita amalkan apabila dikurniakan rezeki yang lebih seperti membeli kenderaan dan sebagainya,” katanya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) itu berkata, ada di antara segelintir masyarakat meletakkan kaifiyat khusus untuk amalan ini termasuk menetapkan beberapa syarat. Menurutnya, mereka mengatakan bahawa selepas kereta tersebut dimandikan dengan air Yasin, ia perlu dibiarkan selama tiga hari tanpa dimandikan dengan air biasa. – CARI Sumber: Utusan
|
harisbee replied at 2-6-2023 08:40 PM
tu pun bidaah ka...ayyo...asalkan tidak syirik ok je..x perlu nak bidaah sana bidaah sini..
sekngucing replied at 2-6-2023 08:45 PM
prtama kali dengar amalan ni masa 2006 dan kawan sorang pertahankan kaw kaw amalan ni
iols tak ta ...
dudaberhias replied at 2-6-2023 08:50 PM
sebelum mulakan perjalanan... kan ada doanyaaa gittuhhh...
tak payah bertepung tawar bagai pun... ta ...
harisbee replied at 2-6-2023 08:40 PM
tu pun bidaah ka...ayyo...asalkan tidak syirik ok je..x perlu nak bidaah sana bidaah sini..
sekngucing replied at 2-6-2023 08:45 PM
prtama kali dengar amalan ni masa 2006 dan kawan sorang pertahankan kaw kaw amalan ni
iols tak ta ...
ResellerMaxis replied at 3-6-2023 12:47 AM
Aik. Org kelantan xtahu? Iol dulu xtahu. Sejak kahwin dengan org kelantan baru tahu =p tapi iol xp ...
harisbee replied at 2-6-2023 09:16 PM
ni mcm minum air bacaan yassin...ingat masa sekolah dulu...kalu ada kes kecurian warden soh ramai2 ...
ADVERTISEMENT