CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Badan, Tiada Kepala, Tangan Dan Kaki-Mayat remaja Lemas Dipercayai Dibaham Buaya

2-6-2023 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 541| Komen: 3

Miri: Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tinjar di sini, ditemukan tidak sempurna oleh penduduk kampung pada awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak mengesahkan mayat mangsa ditemukan pada jarak enam kilometer dari lokasi terakhir mangsa mandi berhampiran Rumah Magdeline di Lubok Mulong Melugu Bakong pada pagi Rabu lalu.



Foto: Harian Metro

"Ketika ditemukan empat orang penduduk kampung, hanya bahagian badan mangsa sahaja yang dijumpai, tanpa kepala dan kedua-dua belah kaki serta tangan mangsa," katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya bahawa mangsa dipercayai dibaham buaya memandangkan kepala dan kedua-dua belah kaki dan tangan mangsa hilang dengan beberapa kesan gigitan pada tubuh mangsa.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke rumah keluarga mangsa sebelum memaklumkan kepada pihak polis.


Pada Rabu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Agustine Ujang Stewart, 13, sedang mandi di sungai terbabit berhampiran Lubok Mulong dilaporkan hilang dibawa arus deras. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote None68 2-6-2023 06:28 PM
Kesian, mcm gitu cara matinya.
Quote kepompong 2-6-2023 07:18 PM
campak aje la Fuck FARAJ fakrul whatever whatever mancisss kat sungai ni
Quote hokeypokey 3-6-2023 02:19 PM
mula2 mati lemas, pastu kena baham plak,

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.036153 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top