PETALING JAYA – Seorang graduan universiti bersama rakan-rakan menyarungkan selempang merah jambu kepada salah seorang daripada mereka yang tidak berpeluang memperoleh anugerah. Selempang merah jambu kebiasaannya disarung kepada graduan yang menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) apabila berjaya memperoleh keputusan dekan setiap semester.
Kata Jaa__ di akaun TikTok miliknya, dia dan rakan-rakan yang lain merancang beberapa bulan lebih awal menghadiahkan selempang merah jambu tersebut kepada rakan mereka yang dikenali sebagai Kama. “Sudah berbulan-bulan sebelum konvokesyen kami berfikir macam mana cara nak jaga hati hang (kau). Sebab kami takut hang rasa terpinggir bila nampak kami semua sarung selempang ‘pink’ depan hang,” katanya. Kejutan tersebut berjaya mengembirakan Kama sehingga menitiskan air mata. “Terima kasih sudi belajar sama-sama dengan kami, bantu kami. Anggaplah ini hadiah kami untuk hang,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terharu dengan persahabatan mereka. “Kalau dah kawan yang pakaikan selempang ‘pink’, itu bukan ANC tapi anugerah persahabatan selamanya,” kata Akif Azman. “Bagusnya, pandai mak ayah kamu semua besarkan. Ini geng-geng budak pandai dan beradab,” ujar Rizal. -CARI Sumber: Kosmo
|
bakingsoda replied at 2-6-2023 07:29 PM
mcm lagi memalukan kawan je pegi buat content habis org tau kawan ko tu paling bodoh dlm geng, sesam ...
bakingsoda replied at 2-6-2023 07:29 PM
mcm lagi memalukan kawan je pegi buat content habis org tau kawan ko tu paling bodoh dlm geng, sesam ...
bakingsoda replied at 2-6-2023 07:29 PM
mcm lagi memalukan kawan je pegi buat content habis org tau kawan ko tu paling bodoh dlm geng, sesam ...
ADVERTISEMENT