CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sasar Kawasan Cerun Dan Rekahan Ais Berbahaya, Dua Dron Digerakkan Jejak Hawari Hari Ini

2-6-2023 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 449| Komen: 2

PUTRAJAYA – Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) mula menggerakkan dua unit dron hari ini bagi menjejaki Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di pergunungan Everest sejak 19 Mei lalu.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, dron itu akan menyasarkan kawasan cerun dan rekahan ais berbahaya khususnya di Kem Dua dan Kem Tiga.

Beliau berkata, tumpuan utama lanjutan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari kali ini adalah menjejaki sut pakaian, beg dan kasut yang digunakan pendaki itu.


Foto: Premium Beat

“SAR menggunakan dron yang sepatutnya diaktifkan Isnin lalu, namun kami berdepan sedikit masalah bagi membawa keluar satu unit dron berada di bawah pihak kastam negara itu.

“Dron itu tiba di Kathmandu pada Sabtu lalu dan pelepasan keluar dron hanya dapat dilakukan pada Rabu dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, dron itu akan digunakan bagi kawasan cerun tidak boleh dimasuki individu dan dicecah malim gunung.

Azim berkata, penggunaan dron lebih efektif bagi tujuan keselamatan dan mengelak sebarang perkara buruk kerana salji sudah mula mencair ketika ini.

“Dron berteknologi tinggi ini boleh terbang antara 5,000 hingga 7,000 meter tinggi dengan jarak 15 kilometer serta 1,500 meter terbang menegak.

“Sebelum ini, SAR menggunakan khidmat udara dan malim gunung berdepan jalan buntu dan inisiatif penggunaan dron ini adalah ikhtiar terakhir.

“Kami berharap misi SAR kali ini berjalan lancar dan cuaca baik menyebelahi kami. Jika cuaca buruk, dron tidak dapat diterbangkan,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap pencarian lima hari ini mendapat petunjuk positif dan sekiranya masih berdepan jalan buntu mungkin SAR akan ditamatkan bergantung nasihat serta pandangan semua pihak termasuk pihak berkuasa Nepal.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu (Jumaat) selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sebelum itu pada Khamis (18 Mei) jam 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 2-6-2023 09:56 PM
Mudah2an dapat dikesan.
Quote babynina30 2-6-2023 11:24 PM
Teringat Arwah Ramli hilang di K2. Selepas setahun, baru dijumpai.

Harap yang baik2 untuk Hawari. Isteri dia cantik. Anak2 comel

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.037688 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top