CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Beri Wang Tunai, Jongkong Emas Dan Jam Tangan Mewah Bernilai RM6.47 Juta Kepada Tunang, Dihantar Guna Kereta Perisai

2-6-2023 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 953| Komen: 8

Seorang engantin lelaki memberi hantaran kepada bakal isterinya berjumlah 9.98 juta yuan (RM6.47 juta), merangkumi wang tunai,  jongkong emas dan jam tangan mewah.

Menariknya, kesemua barangan serta wang tunai itu dihantar oleh lelaki dari wilayah Zhejiang, China itu ke rumah bakal isterinya menggunakan kereta perisai.


Dalam rakaman yang tular di media sosial, kelihatan barangan hantaran dimasukkan ke dalam enam peti besi berwarna merah dan dipindahkan oleh empat pengiring profesional.

Foto: Weboosx

Wang tunai kemudiannya dihantar ke bank untuk dimasukkan ke dalam akaun bakal pengantin perempuan.

Foto-foto lain yang tular turut menunjukkan timbunan wang tunai, jongkong emas dan barang kemas diletakkan di atas meja.

"Ini adalah adat tempatan, ia sangat biasa di Taizhou," kata pengantin lelaki yang dikenali sebagai Yan, 30.

Tambahnya, dia dan pasangan merancang untuk mengikat tali perkahwinan pada penghujung 2023.

Untuk makluman, 'harga pengantin perempuan' di China atau dikenali sebagai cai li, meningkat hingga mencecah ribuan yuan di mana difahamkan ia adalah adat tempatan.

Wilayah tenggara Jiangxi merekodkan purata 'harga pengantin perempuan' yang tinggi, bermula sekitar 380,000 yuan (RM246,568), tidak termasuk hantaran iringan lain seperti kereta dan rumah.

Walaupun kerajaan cuba mengekang situasi ini, namun ia hanya menunjukkan 'penurunan' yang terlalu sedikit. -CARI

Sumber: mStar/The Straits Times (Singapore)/Asia News Network 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 2-6-2023 09:03 PM
Semoga berbahagia menjadi suami isteri...
Risau...
Jangan nanti dah kawen, hilang pantin pompan tak dapat dikesan...
Quote kaedahnya 2-6-2023 10:57 PM
lovebombing la kira ehh.
Quote I.K.A888990 3-6-2023 02:44 AM
pergh kayooooo la kau
Quote evlinne 3-6-2023 04:25 AM
Amoi melesia is shaking
Quote batmana 3-6-2023 08:50 AM
rezeki masing2

semoga bahagia hendaknya
Quote Tinot7 3-6-2023 09:11 AM
Ni musti sbb tak ramai pompan kat sana..
Quote hokeypokey 3-6-2023 03:36 PM
untung la kawen orang kaya
Quote Supersirap 4-6-2023 11:43 AM
Tahniah diucapkan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.039120 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top