CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Maryam Duriankimchi Tetap Pilih Berpantang Secara Tradisional, Tengok Youtube Untuk Belajar Cara Jaga Anak

2-6-2023 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 832| Komen: 2

Maryam Durian Kimchi tetap memilih untuk berpantang secara tradisional. 

Baru-baru ini dia menceritakan pengalamannya mengandung anak pertamanya, Rina. 

Foto: IG


Maryam berkata dia mengalami morning sickness yang teruk sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan. 

“Saya tak boleh makan apa-apa. Hanya boleh makan ubi rebus, nasi dengan rumpai laut. Kepala pening dan tak boleh bangun. 

“Satu hari Ryzal nak makan nasi kukus jadi dia bungkus. Bau sangat kuat dalam kereta, saya muntah sampai rumah,” katanya kepada XTRA. 



Katanya, Maryam juga memperkenalkan berpantang cara tradisional kepada rakan-rakannya di Korea. 

“Saya suka berpantang cara tradisional, sangat menyeronokkan. Saya bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang. 

“Saya dipantau oleh pakar berpantang yang datang ke rumah kami ketika itu."



Tidak mengambil kelas keibuan, Maryam bagaimanapun mengakui sedikit kekok dalam menguruskan anaknya di awal bulan. 

“Setiap maklumat tentang penjagaan anak saya ambil dari rakan-rakan dan YouTube. Selepas bersalinkan Rina, saya tak boleh tukar pampers dia.

“Saya jadi risau sebab bayi terlalu lembut. Tetapi selepas Rina sebulan saya slowly boleh urus anak saya."



Berjauhan dengan keluarga di Korea Selatan semestinya tidak mudah buat Maryam yang mengakui diserang gangguan depresi sebelum dan selepas bersalin.

“Sebelum bersalin mood saya selalu turun naik. Tetapi selepas bersalin, hormon saya berubah dan menjadi lebih teruk. Saya ada depresi. Bila tengok Rina saya jadi happy, tapi bila tak tengok saya jadi depresi semula. 

“Saya tak ada family dan rakan-rakan. Saya seorang saja lalui semua.. Ryzal banyak bantu buatkan saya happy, bawa saya keluar…” katanya lagi.



Ketika disoal mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata, Maryam mendedahkan dirinya mengalami keguguran anak kedua. 

Sekadar info, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 2019, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Rina pada Oktober 2021. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-6-2023 06:41 PM
Dorg ni asal kaya or lepas famous baru Kaya?
Quote Carcosa 2-6-2023 09:53 PM
Nk tanya jugak - Cemana diorang ni kenal ek? Study sama2 ke

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.032660 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top