Seorang wanita cemas melihat seekor tedung selar sepanjang tiga meter mengejar biawak di perabung rumahnya di Kampung Kandis di sini. Kejadian disedari mangsa berusia 52 tahun semasa mahu ke tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara tersebut pada jam 7.05 pagi. "Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 7.22 pagi untuk kerja-kerja menangkap replitia tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Menurut beliau, hasil pemeriksaan yang dijalankan anggota bertugas mendapati ular seberat 10 kilogram tersebut dilihat berada di perabung rumah dan ia berjaya ditangkap.
Sumber: Sinar Harian
|
kechikchomel replied at 2-6-2023 07:12 PM
Kalau jumpa ular dgn biawak, nak katok yg mana dulu?
ADVERTISEMENT