Black Hanifah menerusi laman sosialnya berkongsi tentang kapal layar yang dibelinya hasil kerja keras selama ini. Dedahnya, dia mengambil masa tiga tahun untuk mengumpul duit bagi membeli kapal layar tersebut.
Katanya, dulu dia mungkin hanya mengharapkan duit persembahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi. "Saya mula belajar disebabkan Covid-19. Kita kena pelbagaikan, kita kena usaha dan gandakan duit yang ada dan juga perniagaan yang ada, ‘multipurpose’ kita punya pendapatan" ujarnya. Di samping itu, Black menyangkal dakwaan mengatakan kapal dibelinya adalah kapal mewah yang besar. "Kapal ini jenis Midnight Lace 52. 'Mereka cakap ‘Black cuci duit, beli kapal layar besar'. Sebenarnya bukanlah sebesar itu. "Benda ini kalau kita usaha, kita simpan..boleh. Cuma masa, sama ada cepat ataupun lambat," jelasnya.
Pun begitu, netizen memberi reaksi yang pelbagai atas perkongsian Black itu. Malah, ramai yang memetik kenyataannya ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu. Kata Black, ramai pihak telah menyalahtafsir kenyatannya terdahulu. Ketika itu, dia bersuara bukan untuk dirinya sahaja, sebaliknya untuk kebaikan semua penggiat seni. - CARI
|
prince_marhaen replied at 2-6-2023 05:17 PM
dia punya skin tu hitam tu macam matte black ye...tambah berjemur lagi...btw, lantak kome lah... jan ...
prince_marhaen replied at 2-6-2023 05:17 PM
dia punya skin tu hitam tu macam matte black ye...tambah berjemur lagi...btw, lantak kome lah... jan ...
ADVERTISEMENT