Kendall Jenner sekali lagi mencuri tumpuan kerana penampilan mencolok matanya ketika seronok bercuti di Perancis dengan kapal layar mewahnya. Supermodel itu dilihat mengenakan gaun hitam pendek agak terdedah yang diserikan bersama selendang merah.
Lebih mencolok mata apabila gaun itu mendedahkan bahagian payudara yang hanya ditutupi dengan bunga merah. Ini bukan kali pertama penampilan Kendall yang menjolok mata menjadi perhatian ramai. Kendall berkongsi gambar-gambar tersebut menerusi Instastory miliknya yang memaparkan dirinya berseronok memperagakan pakaian tersebut. Bagaimanapun ia menjadi tular di media sosial apabila ada yang mengecam namun ada juga yang kagum melihat penampilannya itu. Malah ada juga yang membandingkan penampilan Kendall dengan model yang memperagakan pakaian mewah tersebut.
"Cantiknya, dia pakai apa pun lawa. Pemandangan yang cantik sesuai dengan penampilan dirinya. "Dia ini mesti dah malas pakai baju, baju itu sesuai untuk diperaga sahaja bukan untuk bergaya di luar," antara komen netizen. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT