Lelaki hilang kawalan akibat berang teman wanita enggan berkahwin, mengugut untuk membunuh mangsa. Difahamkan, kejadian berlaku pada Mac lalu apabila mangsa berusia 43 tahun menerima kiriman WhatsApp daripada teman lelakinya yang memaki hamun dan mengugut ingin membunuhnya ketika berada di rumahnya di Pandan Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak mengesahkan pihaknya menahan suspek berusia 39 tahun itu di sebuah apartment di Batu Caves Selasa lalu. Menurutnya, punca kejadian suspek tidak puas hati kerana mangsa tidak mahu berkahwin dengan suspek. "Semakan rekod jenayah lampau dapati suspek mempunyai satu rekod jenayah tidak dikehendaki. "Ujian saringan awal air kencing juga dapati negatif," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT