Wellington: Sebuah syarikat piza di New Zealand melancarkan skim pembayaran unik 'AfterLife Pay', di mana pelanggan boleh menjelaskan bil selepas meninggal dunia. Newshub melaporkan, skim menggunakan kaedah 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) itu membolehkan pelanggan membayar pesanan mereka selepas meninggal dunia.
Katanya, pelanggan terbabit menandatangani perjanjian yang boleh dikuatkuasakan secara sah yang menyemak semula wasiat mereka, untuk menangguhkan pembayaran sehingga selepas mereka meninggal dunia. "Pelanggan mungkin mendapati skim ini luar biasa pada mulanya, tetapi Hell Pizza memberi jaminan kepada mereka tiada yuran atau penalti tersembunyi dikenakan," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Benn Cumming berkata, skim itu akan mengurangkan masalah rakyat terperangkap dengan kaedah BNPL. "Kami melihat semakin ramai orang menggunakan skim (BNPL) ini untuk membeli barangan penting seperti makanan.
"Kami fikir ia mengambil langkah terlalu jauh apabila anda mempunyai restoran perkhidmatan pantas seperti kami yang diminta untuk menawarkan BNPL," katanya. Katanya, pelanggan boleh menikmati piza mereka tanpa perlu memasukkan nombor akaun bank dengan segera, serta tanpa caj atau penalti bayaran lewat. Skim ini pada mulanya akan dijalankan sebagai percubaan individu berusia 18 tahun ke atas layak memohon dengan hanya 666 orang akan dipilih sebagai peserta. Tawaran itu juga dilanjutkan kepada 666 individu di Australia. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Perlindungan Pengguna New Zealand, meneliti skim itu dengan teliti dan memberi amaran skim terbabit berpotensi membuatkan orang ramai ketagihan dan menyebabkan masalah hutang. "Jangan menggunakan sistem itu hanya untuk mendapatkan piza percuma," kata pihak berkuasa berkenaan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
bakingsoda replied at 2-6-2023 02:24 PM
rasanya kedai piza ni yg mati dulu
ADVERTISEMENT