Malang nasib anak-anak yatim dari Ukraine yang diseksa dan dijadikan pemuas nafsu, lapor Daily Mail. Mahkamah di bandar Poznan, Poland, mendakwa wanita dikenali sebagai Svetlana Plyushko yang menyelamatkan anak-anak yatim berkenaan atas pertuduhan penyeksaan, penderaan seksual dan membenarkan pedofilia membayar untuk merogol kanak-kanak dalam jagaannya.
Malah, mangsa-mangsanya pernah dipaksa untuk memasukkan lampin kotor ke dalam mulut. Wanita berusia 53 tahun itu juga didakwa melakukan penderaan terhadap 10 anak angkatnya yang berusia antara 4 dan 16 tahun. Antaranya, dia pernah memaksa mereka mengambil dadah. Untuk rekod, Iyushko mengendalikan sebuah rumah jagaan anak angkat di Ukraine selama 15 tahun. Dia bagaimanapun berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah. Iyushko menafikan semua pertuduhan dan mahkamah mengarahkan perbicaraan disambung pada tarikh lain.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT