Pendatang baru dalam industri nyanyian, Ashmirul, 22, mendedahkan ada syarikat label terdahulu 'merompak' lagu hasil ciptaannya Amirul Ashraff Shafaruddin mendakwa sebagai penyanyi baru, dia pernah berhadapan dengan ragam syarikat label tidak memberikan kredit terhadap hasil karya kreatif yang dihasilkannya.
“Sebelum ini, saya pernah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat label. Waktu itu saya baru berusia 18 tahun dan hanya mengiyakan banyak perkara. “Ketika di bawah naungan syarikat itu, saya ada menghasilkan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya iaitu lagu dan lirik. “Namun ketika mahu diterbitkan, hanya lagu sahaja yang dikreditkan ke atas nama saya, sementara lirik tiba-tiba letak nama pemilik label itu. “Kami sudah merancang untuk menghasilkan sebuah video muzik untuk lagu itu. Namun syarikat itu memberi pilihan sama ada untuk hasilkan video lirik sahaja atau keluar daripada syarikat itu.
“Disebabkan saya rasa seperti dirompak, lebih baik undurkan diri. Apapun kami sudah berdamai dan masih berhubung baik,” dakwanya ketika ditemui. Dedahnya lagi, dia juga pernah ditaburkan janji-janji palsu oleh sebuah syarikat lain yang ingin menerbitkan muziknya. “Selain itu, saya pernah mengusahakan satu projek istimewa dengan satu label. Saya bertanggungjawab untuk menghasilkan dan merakam lagu. “Mereka meminta saya untuk mengosongkan jadual selama sebulan. Bila tarikh itu tiba, mereka berdiam diri dan menghilang tanpa sebarang berita,” tambahnya. Setelah enam tahun berusaha keras, Ashmirul akhirnya bertemu dengan syarikat rakaman Hot Sound Record yang mudah untuk bekerjasama tanpa sebarang masalah sehinggalah terbitnya single Tunggu. Sumber: BOOM! |
ADVERTISEMENT