Sebelum ini, bekas isteri PU Abu, Hana Azraa mendedahkan dirinya masih diganggu oleh bekas suami walaupun dah berpisah. Hana juga menjelaskan Abu turut menganggu beberapa ahli keluarganya dan perbuatan itu telah mencabar kesabaran dirinya sehingga dia bertindak membongkar perkara sebenar.
Bagaimanapun, baru-baru ini Hana dilihat sudah kembali berbaik dengan pendakwah itu. Siap upload gambar melentok di bahu. Di IG Story, Hana memuat naik satu video pendek yang memaparkan aksi mesra mereka bersama berserta kapsyen dirinya tidak sabar untuk berjumpa dengan Abu. "Ada orang tu (PU Abu) tak jadi balik esok, sobs (sedih). Tapi tak apa lah, jumpa awak nanti ok." Dia juga memuat naik sekeping gambar dan mengatakan dirinya teruja untuk memasuki bulan kegemaranya iaitu bulan Jun. "Memasuki bulan kegemaran saya, Jun. Bismillah."
Sebelum ini nama Hana pernah menjadi hangat dan dikecam hebat wargamaya apabila dia berkahwin dengan Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019, sekali gus menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini. Bagaimanapun, jodoh Hana dan Abu tidak panjang apabila akhirnya mengesahkan mereka sudah bercerai pada April 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mateen yang lahir pada 1 Februari 2020. Hana yang juga berstatus ibu tunggal ketika berkahwin dengan Abu, turut mempunyai seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 7, daripada perkahwinan pertamanya. -CARI |
jalfa replied at 2-6-2023 11:47 AM
Sedap sangat ke abu ni sampai dua wanita ni kawen serai kawen serai beberapa kali dengan dia
makita replied at 2-6-2023 11:49 AM
Wpon berbungkus litup tetap tak keruan kan bab berlaki ni.
jalfa replied at 2-6-2023 11:47 AM
Sedap sangat ke abu ni sampai dua wanita ni kawen serai kawen serai beberapa kali dengan dia
kerani_je replied at 2-6-2023 12:03 PM
Hana ni psiko btul. Dulu die yg buruk2 kn abu tu ini gila talak bagai. Skrg die plak terlebih syg me ...
ADVERTISEMENT