Ayda Jebat kesian tengok seorang pengguna Twitter yang melecet pada bahagian atas tumit kaki selepas mengenakan sepasang kasut baharu berjenama Skechers baru-baru ini. Kata Ayda, dia mahu membeli semula kasut berkenaan dengan harga asal supaya pengguna Twitter tersebut dapat membeli sepasang kasut baharu yang lebih selesa.
“Sebenarnya, apabila saya melihat ciapan tersebut viral di Twitter, saya terus berasa kasihan. Sebab dia kata dia baru je beli kasut tu. Jadi, dia tiada duit untuk beli sepasang kasut baharu. “Sebagai pengguna Skechers, saya rasa bersalah pula lihat orang rasa tak selesa atau even sakit masa pakai kasut tu. Mungkin bentuk kaki dia tak sesuai dengan design kasut, mungkin cara pemakaian atau sizing. “Jadi, lepas saya beli kasut tu daripada dia, saya harap dia boleh beli kasut lain atau jenama sama tapi yang lebih selesa. Kasut yang dah terpakai tu saya boleh beri kepada orang lain,” katanya kepada Gempak.
Menerusi ciapan di Twitter, Ayda mengulang ciap ciapan pengguna kasut berkenaan dan meminta individu terbabit untuk menghubungi menerusi DM. “Kesiannya kaki awak sakit.. Alhamdulillah my experience, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Tak apa, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” tulis Ayda menerusi satu ciapan.
|
msdummy.2018 replied at 2-6-2023 11:45 AM
Skechers kena bayar lebih kat ayda. Bagus dia jalankan tngjwb sbg duta
Btw mmg sakit ht weh beli ka ...
wadiunong replied at 2-6-2023 11:56 AM
betul sgt wei. iols ada beli kasut skechers ni. mmg takleh pakai langsung kaki melecet. kaki iols ...
jalfa: Salah kasut ke salah tuan tak ukur kasut di kaki sendiri
jalfa replied at 2-6-2023 11:49 AM
Salah kasut ke salah tuan tak ukur kasut di kaki sendiri
cikatilia replied at 2-6-2023 12:34 PM
salah dia sbb beli huru hara kelam kabut tak test betul2 sbb rushing
kasut tu bole nampak ketul2 j ...
meah_kelabu replied at 2-6-2023 01:57 PM
kompius
nape nk kene sarung smpai 2 lapis stoken?
slalu pakai stoken tebal kasut besar tapi kes ni ...
Suchi replied at 2-6-2023 03:34 PM
Nak beli kat shopee better try dulu kat butik, lgi satu kalau tak muat boleh je return& refund. Tp ...
ADVERTISEMENT