CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Miliki Baby Face, Shasha Abedul Bosan Asyik Dapat Watak Budak Sekolah "Kalau Dapat Offer, Saya Tolak Je"

2-6-2023 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3447| Komen: 35

Dikecam tak pakai tudung lepas balik umrah di Makkah, Shasha Abedul bagaimanapun tidak cepat melatah.

Katanya, dia lebih tahu tindakan yang perlu dilakukan.

Foto: IG


"Saya positif dan okay saja dengan apa yang diperkatakan netizen serta ahli keluarga mengenai tindakan saya masih tidak bertudung lagi. Biarkan mereka (netizen) dan tak perlu ambil hati sangat.

"Kalau netizen nak cakap macam-macam termasuk keluarga saya, itu hak masing-masing. Mereka sentiasa boleh bersuara, tapi bagi saya Allah tahu tujuan dan niat saya.



"Dia (Allah) yang mengetahui apa perlu diubah dulu. Apa yang penting, saya harus betulkan dalaman diri sebelum imej luaran," katanya kepada Harian Metro.

Semenatara itu, walaupun dah berusia 27 tahun, raut wajah Shasha sehingga kini tidak dimamah usia dan dia masih boleh melakonkan watak pelajar sekolah atau penuntut kolej.


Mengakui rupa paras awet muda dimiliki itu ada kelebihan dan kekurangannya, Shasha tidak menafikan agak sukar juga untuk dia mendapat peluang menerokai kepelbagaian watak dalam lakonan.

"Saya semacam terlalu baik apabila selalu mendapat watak sebagai pelajar sekolah dan juga penuntut kolej atau universiti. Tapi, ia cabaran untuk saya sebenarnya sebab perlu pastikan lakonan tidak stereotaip.



"Jujur diakui bahawa saya pernah tersekat pada satu fasa untuk watak sebagai pelajar saja. Sehingga saya merasakan cukup-cukuplah dengan watak yang sama itu.

"Ketika itu, saya sampai tidak tahu macam mana hendak mempelbagaikannya lagi dan memberi kelainan (watak pelajar sekolah). Malah, saya akhirnya memilih untuk menolak saja tawaran watak sebegitu."



Menurut Shasha yang pernah berganding dengan pelakon Naim Daniel dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta pada 2020 lalu, dia kini tidak kisah menolak tawaran watak sama kerana yakin rezekinya pasti ada di mana-mana. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 2-6-2023 10:34 AM
Muka agnes monica tak jadi
Quote heythere123 2-6-2023 10:55 AM
harap la next Projek franchise sheols dapat jadi main lead
Quote I.K.A888990 2-6-2023 11:11 AM
comey budaknya
awat depa tak amik dia berlakon.
Quote dua_chzy 2-6-2023 11:18 AM
Dia dengan budak yang gado dengan Balqis boleh jadik adik beradik atau mak dengan anak.
Quote jalfa 2-6-2023 11:22 AM
Syantiknhidung terletak.
Quote doubleharmonic 2-6-2023 11:26 AM
baby face celah mana? babi face ada lah yihhhhh
Quote wirazam 2-6-2023 08:03 PM
Baguslah..ko tolak byk byk ye...boleh beri job kat org lain pulak..
Quote dudaberhias 2-6-2023 08:40 PM
actually muka youth macam sheols ni lagi sesuai untuk di tayang kat TV... berbanding hero muka kucing kurap... hero kertu etc kat drama2 TV sekarang...

paling takleh blah rhoper ustaz kazim elias pun ko sanggup bedal ambik jadi hero dengan hannah delisha tu... macam bapak hempuk anak...

memang gampunk betul producer2 tv3 dan astro... dah tahu majoriti penonton adalah pompuan... nak jugak ko hambik jantan2 rhoper lubang jamban lama...

takkan kami ni nak kena rembes kat pompuan pulak...
dah la hero korang ambik tu macam mintak kami ni jadi andartu selamanya dan join group wasap bersama nasha aziz, fara fauzana, sherry ibrahim, zara zya etc...


Quote Suchi 3-6-2023 07:19 PM
Tp iols suka je dia berlakon jd budak sekolah, iols penah tgk sekali je lakonan dia dlm Project Anchor SPM
Quote kerani_je 3-6-2023 08:36 PM
Ok la die ni berlakon x kayu. Watak gedik2 sikit bdk kolej n skolah ok la sesuai je dgn ropa die..

Mcm mail izani aka nobita tu elok la klau watak bdk2 skolah atau kolej. Ni g bg hero akasia betganding plak dgn heroin kertu umur 32. Hurmm mcm x sesuai.
Quote nordin84 3-6-2023 08:39 PM
kno iols nmpk muke dia iras2 isyarina ape ntah namanye
Quote nordin84 3-6-2023 08:40 PM
dua_chzy replied at 2-6-2023 11:18 AM
Dia dengan budak yang gado dengan Balqis boleh jadik adik beradik atau mak dengan anak.

bdk gaduh dgn balqis tu sesuai jd akk lara anak shawal hahah
Quote inspektoremos21 3-6-2023 08:43 PM
nordin84 replied at 3-6-2023 08:39 PM
kno iols nmpk muke dia iras2 isyarina ape ntah namanye

Ha'ah baru nak ckp muka dia ni sama dgn isyariana & mia sara ank afdlin shauki tu.. kalau berlakon jadi adik beradik sesuai sangat la
Quote anilanil 3-6-2023 08:45 PM
Nape bukan dia yg jadi akak dewan makan dlm phc?
Quote heythere123 3-6-2023 11:24 PM
anilanil replied at 3-6-2023 08:45 PM
Nape bukan dia yg jadi akak dewan makan dlm phc?

hehe maybe sebab mek hidung lagi senior kot. Iols pon rasa cam sayang sangat bila tengok sheols berlakon PHC tapi keluar dua saat je.

Sheols nampak macam boleh je bawak watak mia. Rupa pon lagi helok
Quote sharlenetexas 4-6-2023 01:06 AM
Lebih kurang muka isyariana. Dua2 comel dan cantik.


Quote cloudnine 4-6-2023 01:10 AM
Drama raya tv3 haritu dia berlakon best. Dia dengan siti saleha. I rasa dia better berlakon watak serius ke sedih-sedih gitu. Sebab tengok dia jadi perempuan gedik dalam life lila dulu macam tak kena je.
Quote cloudnine 4-6-2023 01:15 AM
heythere123 replied at 3-6-2023 11:24 PM
hehe maybe sebab mek hidung lagi senior kot. Iols pon rasa cam sayang sangat bila tengok sheols be ...

Watak mia tu writer memang cipta khas untuk daiyan la. Untuk fans projek anchor. Happy jugak shasha ni ada cameo sikit. Tertunggu kalau-kalau ada aedy dengan chubb e. Sampai sudah takde
Quote CandyK 4-6-2023 01:16 AM
heythere123 replied at 3-6-2023 11:24 PM
hehe maybe sebab mek hidung lagi senior kot. Iols pon rasa cam sayang sangat bila tengok sheols be ...

Suara daiyan sangat annoying dalam PHC. Suara halus nak buat-buat ganas jadi annoying.

Entah la dia nyanyi pun annoying jugak sebab halus lembik takde teknik. Tapi dia punya bajet feel tu macam terpaling sedap. I tak tau la daiyan ni beli confident kat mana. Dia macam budget dia best sangat bila i tengok gaya dia la.

Tolong la jangan posing nak buat muka sexy tu lidah tersentil sikit. Geli tengok. Nak nganga tu tak payah la sentil lidah sekali. Tak hot langsung. Tolong la baca komen i ni daiyannn. Hahahha geram aku

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.253141 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top