Susulan digesa Fasha Sandha supaya membuat permohonan maaf selepas mendakwa aktres itu melakukan pembedahan bariatrik untuk mengurangkan berat badan, aktres itu berkongsi hantaran permohonan maaf daripada seorang wanita.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menerima permohonan maaf daripada wanita berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.
Fasha berharap apa yang berlaku kepada dirinya tidak berlaku pada orang lain, terutama golongan artis. Dalam masa sama, dia menasihati semua pihak seupaya mendapatkan fakta sahih sebelum membuat sebarang komen. Dalam permohonan maaf yang dibuat, wanita berkenaan mengakui kesalahannya sekali gus berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Sementara itu, Fasha berkata, dia berharap orang lain tidak akan menyalahgunakan media sosial kerana negara mempunyai undang-undang. Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|