CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Misi HUKM Mana Yang Sebarkan Berita Palsu?" Fasha Sandha Berang Dituduh Potong Usus Untuk Kurus

1-6-2023 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7363| Komen: 61

Fasha Sandha dituduh melakukan prosedur bariatic atau ‘potong usus’.

Menerusi komen netizen itu, sekiranya Fasha ada berbuat demikian, tidak hairan sekiranya dia kini tampil lebih kurus dalam tempoh yang cepat.


Foto: IG

Fasha bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit dan meminta individu tersebut untuk selidik terlebih dahulu sebelum membuat pelbagai andaian.

“Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian. Bariatic atau jenis pembedahan berkaitan dengannya hanya boleh dibuat sekiranya BMI melebihi daripada sepatutnya, 28 keatas (kategori obese).

“Dan juga sekiranya seseorang itu berpenyakit (Darah tinggi / gastric/ atau sakit2 lain).

“Sebelum ni BMI saya 25.5 dan dikategori overweight dan bukan obese. Saya tidak mempunyai apa-apa penyakit Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.



Dia juga menjelaskan ibunya yang pernah melakukan prosedur ‘potong usus’ atas faktor kesihatan.

“Saya tidak akan judge atau memandang rendah pada orang yang melakukan bariatic. Ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan bariatic kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu sendiri pada Feb 2020 kerana Obes/darah tinggi dan sakit lutut kronik.

“Saya yang membayar kos RM25,000 untuk prosedur tersebut dan saya juga yang menjaga ibu ketika itu.

“Saya tidak akan judge atau pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya juga akan memerlukan treatment tersebut."


Fasha pada masa sama turut mendedahkan lebih setengah tahun diperlukannya untuk tampil seperti sekarang selain mengamalkan gaya hidup sihat demi mendapatkan tubuh badan ideal.

“Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan, exercise dan malam-malam ambil Berryfull. Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang.



“Jadi jika sesiapa ada masalah hati, atau mungkin iri hati atau tak puas hati dengan pencapaian saya ini, boleh beli Berryfull sekarang dan cuba. Mana tau, lepas beberapa bulan boleh jadi macam saya.

“Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. @sizuka_momoshi.



“Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatic.

“Saya harap perkara ni boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan,” tulis Fasha. 



Sementara itu, Fasha turut membuat naik tangkap layar teks daripada individu terbabit mengenai hal yang berkaitan.

Dakwa individu terbabit, dia mendengar perkara tersebut daripada kenalan dan  memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KucingBiru 1-6-2023 07:24 PM
Kalau banyak tahun struggle nak kurus, tetiba kurus mendadak, memang buat orang suspect macam macam.
Quote nena9042 1-6-2023 07:32 PM
Wait dia pernah overweight? Biar betul.
Quote Binodino 1-6-2023 07:36 PM
Ke awak yang salah dengar, sizuka? Kawan awak cakap MAK fasha sandha buat bariatric surgery, tapi awak dengar fasha sandha. Tang MAKnya tertinggal
Quote nuralisa 1-6-2023 07:47 PM
Tp sblm ni dia gemuk sgt ke? Rasanya mcm biasa2 je.. mungkin kalau pakai baju tu size L..
Quote alieyrina 1-6-2023 09:14 PM
Wey maknanya berypul tu bekesan la ekk
Quote matjerk 1-6-2023 09:20 PM
Garangnya.. ha sudah.... kau kena suruh kawan kau tu tampil ke depan la.... jgn disentuh artis ya
Quote Madel 1-6-2023 09:34 PM
Tapi mmg nampak ketara kurus dia bukan sebab excersice.,kurus yg cengkung
n kalau betul berryfull tu berkesan sgt, kasi la kakak dia minum
Kakak dia masih gedempol kot
Quote kerani_je 1-6-2023 09:42 PM
Tu fasha dah bersuara dgn berani. Nmpk nye mmg fitnoh la die buat bedah2 kurus ni. Btul la kot die diet n exercise kaw2. Lagipun die xde la gemuk sgt. Dlm 65kg je sblm kurus. Kurus ni 50kg.
Quote she 1-6-2023 09:44 PM
Dia asal badan kurus jenis model
Pastu beranak…badan naik

Jadi tak mustahil dia boleh kurus balik ke badan asal
Lainlah dia dari muda badan chubby macam si Noreen
Pastu tiber kurus melidi
Memang lah sukar nak percaya

Macik husnuzon
Quote cikperiukkera 1-6-2023 09:47 PM
Binodino replied at 1-6-2023 07:36 PM
Ke awak yang salah dengar, sizuka? Kawan awak cakap MAK fasha sandha buat bariatric surgery, tapi aw ...

Jgn nanti terkeluar plk hashtag Jgn Try Mama!
Quote matjerk 1-6-2023 10:13 PM
alieyrina replied at 1-6-2023 09:14 PM
Wey maknanya berypul tu bekesan la ekk

Berapa rega berypull ni?

Takut2 nanti geng2 Duktur plak tampil counter product merosakkan ginjal jer.... harap2 tak lah ye
Quote VespaSilbe 1-6-2023 10:14 PM
Rahsia pesakit.. kalau dia buat pun misi doctor  tak boleh membawang.. iols kat kpj ampang aritu ada vvvip eksiden patah riuk dgr je la
Quote cupu 1-6-2023 10:22 PM
Edited by cupu at 1-6-2023 10:23 PM
Madel replied at 1-6-2023 09:34 PM
Tapi mmg nampak ketara kurus dia bukan sebab excersice.,kurus yg cengkung
n kalau betul berryfull tu ...


Dia mkn berryfull dan mkn nasi 2 sudu..tu kan selalu dia tunjuk.mkn berryfull melantak 2 pinggan mmg tak jd la.mcm aku.
Quote TomyamPuteh 1-6-2023 10:43 PM
Acik misi HUKM pun pndai bergosip ye. Takut tersalah kasi ubat plak nnti.
Quote heythere123 1-6-2023 11:05 PM
oh so betul la nak jual produk sampah berryfull tu.

KEJI YACH
Quote matjerk 1-6-2023 11:07 PM
Nanti tgk ada tak team2 misi backup...
Quote codenamedream 1-6-2023 11:17 PM
Comment misi ke yg tersebar tu?? Bukan dari patient yg sama2 bariatric?
Quote aechae 1-6-2023 11:39 PM
Laki iols dlu setahun dr gemuk nk jd kurus.. buat IF, sukat2 timbang makan, jog lari2 slow jln kaki byk2 tiap hari…mmg jd kurus nmpk cengkung

Tp lps tu setahun lbih jugak jd gemuk blk sbb pindah tmpt keja n stress keja

Quote Missjass 2-6-2023 12:05 AM
nuralisa replied at 1-6-2023 07:47 PM
Tp sblm ni dia gemuk sgt ke? Rasanya mcm biasa2 je.. mungkin kalau pakai baju tu size L..

Rasanya Fs pernah share berat sheols tu over 60kg jgak, baju rasa saiz M je kot sblm ni i tgk dia peha ngn muka je besar badan dia standard badan orang beranak 3 je la

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.035965 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top