CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bila 'Jerung' Besar Kawal Duit Royalti... Beego Mahukan Keadilan

1-6-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1391| Komen: 11

Beego hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan rayuan sekumpulan penggiat seni terhadap Prism Malaysia berhubung isu kutipan royalti.

Pelakon dan penyanyi dengan nama Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 43, berkata, kehadirannya itu kerana turut terkesan apabila tidak menerima agihan royalti sejak lima tahun lalu hasil kutipan untuk lagu-lagu nyanyiannya bersama kumpulan Phyne Ballerz.



IG

"Saya mahukan keadilan tentang bagaimana agihan royalti mengikut cara yang betul. Lagu-lagu Phyne Ballerz masih dimainkan di pusat karaoke.

"Walaupun lagu-lagu kami tidak dimainkan di radio namun wajah kami masih lagi digunakan. Jadi ke mana pergi duit kami selama ini," soalnya.

Dakwanya, isu agihan ini sudah lama menjadi kemelut dalam industri seni disebabkan ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kuasa mereka.

"Ini adalah isu duit. Bila 'jerung' besar kawal, duit royalti tidak diagihkan kepada mereka yang selayaknya. Mereka semua ambil duit tapi tidak diserahkan kepada kita.


"Sebelum ini Prism, kemudian Performers Malaysia Berhad (RPM). Berapa banyak badan hendak ditubuhkan untuk kutip royalti," jelasnya.



13 September tahun lalu, 32 penggiat seni terdiri daripada penyanyi dan pemuzik memfailkan usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran saman terhadap Prism Berhad.

Antara yang turut serta adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk DJ Dave, Aris Ariwatan, Azharina dan S Atan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 1-6-2023 05:37 PM
sapa je yg guna muka korang ni? tak penah tgk pun bersepah sana sini
Quote sleepandream 1-6-2023 05:56 PM
lepasni takyahla harapkan royalti sampai mati...
first few years je takpela... mcm org dpt komisen jual insuran/simkad topup tu semua...
Quote gigahertz 2-6-2023 12:54 AM
lain muka dia. kalau tak dulu dia top dalam phyne ballerz.
pastu berlakon muka dia je.
Quote dudaberhias 2-6-2023 01:13 AM
masalahnya lagu ko popular ke tak nyah.... sembang macam ala2 retis hollywood jah boleh kutip royalti beribu2... p ramblee tu pun royaltinya hujung2 tak sampai seratus hengget pun setahun... belum lagi iols citer tomok...

Quote tipah89 2-6-2023 12:51 PM
lately ni jumpa he oll dgn wife n anak2 kt port makan viral area setapak..okla still hensem lagi utk bapa kepada 4 ke 5 org anak.. tapi tula ckp kt telefon nak bagi satu kedai dengau kemain kuat.
Quote laksmanabentan 2-6-2023 01:12 PM
lagu dia banyak yang popular dan evengreen kot..
tiap2 hari semua radio mesti ada putar lagu dia..
tu yang dia nak fight pasal royalti nih....
Quote samperit 2-6-2023 01:14 PM
cmf_premierleag replied at 1-6-2023 05:37 PM
sapa je yg guna muka korang ni? tak penah tgk pun bersepah sana sini

kan disebut tempat2 karaoke? mungkin karaoke jamban kot sis prem. sis mana layan tempat biforti mcm tu
Quote Prickford 2-6-2023 01:36 PM
Artis Malaysia ni toksah la hadap duit royalti. Beza korang dgn Hollywood jauh panggang dari api. Sekurang2nya, Hollywood, lagu2 lama pon masih digunakan dalam filem2 box office. Situ je dah kaut untung royalti. Ini main kat karaoke jamban pon kau hadap duit royalti tu. Bukan ada customer nak karaoke lagu kau pon.
Quote bulalof 2-6-2023 01:41 PM
ini cara org terdesak nak cari duit. job dah takde, merempan hrp royalti ciput tu.
Quote cmf_premierleag 2-6-2023 02:17 PM
samperit replied at 2-6-2023 01:14 PM
kan disebut tempat2 karaoke? mungkin karaoke jamban kot sis prem. sis mana layan tempat biforti mc ...

Ha ah kan..patut la aku x penah nmpk pun any poster ke billboard ke hapa grup diorg nih
Mcm ko ckp la..mesti level2 karoke jamban jah yg amik muka diorg ni jd interior

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.074170 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top