CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wajah Dan Penampilan Terbaharu Yabang, Vokalis Kumpulan Jinbara

1-6-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2922| Komen: 21

PETALING JAYA – Kumpulan muzik rock tanah air, Jinbara terkenal dengan dua lagu hitsnya ‘Kasihnya Laila’ dan ‘Cinta Pantai Merdeka’.

Lantunan suara vokalisnya Yabang atau nama sebenarnya Muhammad Qidam Abdullah ternyata membuatkan lagu-lagu mereka dikenali sehingga kini.


Terbaharu, melalui Facebook Rock Kapak Metal Brutal, Yabang yang telah meninggalkan kumpulan rock tersebut kini telah mengikut berhijrah seperti penyanyi-penyanyi satu era dengannya.

Foto: FB

“Ini dia bekas vokalis kumpulan Jinbara, walaupun beliau sudah tidak bersama dengan Jinbara lagi, namun aku mewakili rockers-rokers seMelaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan hikmat dia dengan Jinbara.

“Tanpa vokal dia mungkin aku tak kenal Jinbara, ya lah siapa tak kenal suara dia kan betul-betul padu.

“Apa pun biar lah dia dgn layar dia. Semoga Yabang berjaya di dunia dan akhirat,” tulis laman tersebut.


Tambah laman tersebut lagi, sebagai peminat muzik rock tanah air, teruskan memberi sokongan kepada penyanyi-penyanyi lama untuk sama-sama bertemu jalan kejayaan.

“Apa yg perlu kita buat terus kan menyokong semoga otai-otai kita temui jalan kejayaan. Last to rocking,” tambahnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 1-6-2023 09:40 PM
br je terdengar lagu hang pi mana td..suara die ni sgt sedap..iolls suka
Quote she 1-6-2023 09:46 PM
Cerah dah kulit dia
Lagu legend dia Cinta Pantai Merdeka

Sekian terima kasih
Quote doubleA 1-6-2023 11:19 PM
Penyanyi laki berhijrah pun boleh nyanyi lagi, lagu dakwah dan ketuhanan plak, suara dia power. Iols selalu seru yabang masuk gv alamatnya masuk ggv la kalau ada
Quote dua_chzy 2-6-2023 12:17 AM
Suara Yabang sedap. Gituh penampilan terbaru, penuh nur.
Quote helicornia 2-6-2023 08:29 AM
dia ni mmg pandai mengaji, azan segala kan. siap mengajar budak sekolah
family pun alim
pelik pulak sebut berhijrah. pakaian je la berbeza
Quote rosedemon 2-6-2023 09:10 AM
elokla jap g kan nk mask kubor
Quote taji2906 2-6-2023 09:24 AM
dia ni anak pak imam ke bilal kat sabah ke sarawak gitu.
dia memang terdidik jugak la agamanya. bagus la dia bawak bekalan akhirat elok.
aku suka lagu Kasihnya Laila, TOTO, Dewi Kamala dengan lagu raya dorang.
Quote doubleA 2-6-2023 09:34 AM
helicornia replied at 2-6-2023 08:29 AM
dia ni mmg pandai mengaji, azan segala kan. siap mengajar budak sekolah
family pun alim
pelik pulak  ...

Tak silap ada azan tv apa entah yabang ni azan
Quote helicornia 2-6-2023 09:40 AM
doubleA replied at 2-6-2023 09:34 AM
Tak silap ada azan tv apa entah yabang ni azan

yup. kat astro tk silap
btw patut la skrg harry plak yang menyanyi
iols suka betul dia cover lagu purnama merindu. iols rasa lagi sedap dr CT hihi
Quote Suchi 2-6-2023 09:44 AM
Org yg boleh mengaji bertaranum dgn baik pastinya boleh menyanyi dgn baik.
Cthnya mcm tok mal tu.

Anak kawan iols jenis suka berzanji, suka ngaji ni laa dan yess dia boleh nyanyi dgn baik juga.
Budak2 lagi, bab belajar tak terer sangat tp dia suka sgt ngaji berlagu2 ni. Kalau ada kenduri kawen dia akan join la geng2 berzanji tu.
Quote prizadane 2-6-2023 09:45 AM
she replied at 1-6-2023 09:46 PM
Cerah dah kulit dia
Lagu legend dia Cinta Pantai Merdeka


Chuols, yang nyanyi lagi cinta pantai merdeka tu bukan heols. Heols tak join lagi jinbara masa tu. Yang masa tu nyanyi Cepot, gitaris.

Quote myakayina 2-6-2023 09:50 AM
prizadane replied at 2-6-2023 09:45 AM
Chuols, yang nyanyi lagi cinta pantai merdeka tu bukan heols. Heols tak join lagi jinbara masa tu. ...

sedap gak sore cepot tu kan..
Quote pembacagosip 2-6-2023 09:58 AM
bagus nya.........
Quote she 2-6-2023 06:05 PM
prizadane replied at 2-6-2023 09:45 AM
Chuols, yang nyanyi lagi cinta pantai merdeka tu bukan heols. Heols tak join lagi jinbara masa tu. ...

Terima kasih bagitau info ni
Macik main sebat aje
Maklumlah zaman tu dengar pun kat radio si Isma Halil tu

Nasib komer tak jadi TokTan
Idok komer sekolahkan macik kat forum
“Macik ada buat research tak?”

Huwaaaa
Quote kaedahnya 3-6-2023 08:02 PM
yang kumpulan rock orang asli tu nama apa tah, yang macam ada kena mengena dengan jinbara jugak tu.
Quote orkidorkido 3-6-2023 10:13 PM
Alhamdulillah elok lah .. harap heols sempat juga cari pendapatan & ada simpanan sendiri. Sedih tengok artis artis bila dah tua sakit & takde duit.
Quote asfaz 3-6-2023 10:41 PM
prizadane replied at 2-6-2023 09:45 AM
Chuols, yang nyanyi lagi cinta pantai merdeka tu bukan heols. Heols tak join lagi jinbara masa tu. ...

Kenapa tak terus nyanyi aje ye..suara sedap unik.
Quote asfaz 3-6-2023 10:45 PM
[youtube]HaukqQ85uSY[/youtube]
Quote dudaberhias 3-6-2023 10:45 PM
iols rasa iols ada pernah dengar lagu jinbara... tapi tu la sebab iols muda mudi bergetah lagi kena la mengaku tak pernah dengar... gittuhhh...

apa2 pun penampilan dia nampak kemas gittuh... semoga terus istiqomah...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041193 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top