Penerbit dan pemilik syarikat Pencil Pictures iaitu Datuk Ayu Puteh menempelak Awesome TV yang membalas teguran Fahmi Fadzil terhadap stesen televisyen itu, sekali gus mempertahankan Menteri Komunikasi Dan Digital berkenaan.
“Saya amat berterima kasih kepada menteri sebab ambil berat dan beri perhatian sewajarnya terhadap isu-isu yang berlaku dalam industri kreatif. “Bagi saya, Fahmi sebagai menteri berhak untuk menyuarakan apa sahaja pendapatnya demi kebaikan industri dan anak seni. “Dia bukan sibuk pasal hal dalam selimut kau sampai nak gelar dia penyibuk! Nampak sangat mentaliti kau yang pentingkan diri sendiri, seronok aniaya orang sana sini,” tempelaknya menujukan kepada Awesome TV. Sementara itu, menyentuh tentang kes saman stesen TV tersebut terhadapnya, Ayu enggan memeningkan kepala dan menyerahkan semuanya kepada pihak peguam yang telah dilantik.
Tambah Ayu, dia lebih fokus untuk mendukung sokongan yang diberikan menteri kepada warga kreatif dan seni. “Nasihat menteri itu adalah untuk menangani masalah yang boleh diperbaiki sebelum muncul pula ramai penerbit lain nak saman Awesome TV. “Selesaikanlah hutang tu. Kenapa nak banyak bunyi? Buat malu! Apa salahnya kau merendah diri dan berbudi bahasa. “Dulu pemilik Awesome TV pernah pesan dekat saya, ‘hidup kena ada maruah, jangan bagi orang pijak’. Sekarang apa jadi?” soalnya kepada Awesome TV. Pada masa sama, penerbit filem Autumn In Wales itu turut meluahkan kesedihannya dengan situasi yang berlaku. “Saya memang sedih, tetapi Allah lebih sedih tengok dia yang banyak berhutang dan aniaya kehidupan orang lain,” ujarnnya kesal. Ayu juga berharap agar kemelut yang ditimbulkan pihak Awesome TV dapat diselesaikan dengan cara baik demi kebaikan bersama. Sumber: BOOM!
|
ADVERTISEMENT