PETALING JAYA – Video memaparkan seorang wanita memijak badan seorang kanak-kanak perempuan sambil menarik rambut si kecil tular sejak semalam. Lebih kejam, tangisan kanak-kanak tersebut langsung tidak dihiraukan dan wanita itu dengan ‘selamba’ menghisap rokok ketika duduk di atas badan budak berkenaan.
Khairizal Dizaudin memuat naik video tersebut di Facebook semalam ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai “Mohon diviralkan agar wanita biadab berhati binatang ini dimanapun dia berada dan cepat-cepat kena tangkap,” kata Khairizal pada kapsyen videonya. Bagaimanapun, lokasi kejadian dan status kanak-kanak tersebut dengan wanita terbabit masih belum dapat dipastikan. Sementara itu, orang ramai mula menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap video tular itu dan mengambil tindakan sewajarnya demi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
“Polis, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) jalankan kerja anda segera, siasat video ini di mana berlaku dan bila, kalau belum ada tindakan, tangkap wanita itu dan beri hukuman sewajarnya,” tegas Amani. “Ya Allah, tak sanggup nak tengok video ini, dengar suara budak itu menangis kesakitan pun dah luruh jantung aku sebagai mak ini,” kata Sarah. –CARI Sumber: Kosmo
|
airfilterkotor replied at 1-6-2023 12:38 PM
Netijen FB ni asal ada video jer terus sebar.
Hujung pangkal sejarah video apa pun takde.
Tah 5 tahu ...
slyfynx replied at 1-6-2023 01:17 PM
Malaysia ke pun?
Recent ke pun.
X tau video zaman bile tu
airfilterkotor replied at 1-6-2023 12:40 PM
Mohon pdrm siasat si Khairizal Dizaudin ni... mana dapat video.
Kalau memang tidak berlaku dalam neg ...
krustykrab replied at 1-6-2023 12:42 AM
Kan...tak tau ujung pangkal tiber panggil semua jabatan kt msia suruh siasat
Kangkung1M replied at 1-6-2023 01:57 PM
Dari layan video yg tak tau sumber & punca ni, baik kita layan video pasal seekor ibu lembu dan ana ...
ADVERTISEMENT