Seorang mat salih dikenali sebagai Kyle Naegeli memuat naik beberapa video di akaun miliknya, @thefishwhisperer1, memaparkan dirinya menangkap ikan dengan menggunakan jaring ikan (castnet).
Peralatan dan teknik yang digunakannya tidak ubah seperti jala ikan, yang biasa digunakan oleh para nelayan di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kelihatan berpuluh-puluh ekor ikan dan udang berjaya dinaikkan oleh lelaki berkenaan, sekali gus membuatkan para pengikutnya kagum. "Did you make that net? I want one with chains like that. (Awak yang buat jaring itu? Saya mahu satu dengan rantai seperti itu)," komen salah seorang pengikutnya pada satu video yang tular. "Yes, I designed it. (Ya, saya yang menciptanya)," tulis Kyle membalas komen berkenaan, yang kemudian dipuji oleh pengikutnya bahawa rekaannya sangat hebat. Di nstagram, Kyle turut memberitahu 'rekaannya' akan memasuki pasaran dalam talian pada 1 Jun ini, dan akan dijual pada harga USD49.99 (RM230). Bagaimanapun, kenyataan Kyle mengundang rasa kurang senang warga maya di negara ini kerana dia seolah-olah 'mendabik dada' mengaku peralatan tersebut adalah hasil ciptaannya. "Ini nama dia jala. Orang putih konon dia la invented benda ni padahal orang Asia dah berzaman ada benda ni. "Kamu patut jangan 'over-claim' konon menciptanya. Ia dah digunakan oleh nenek moyang kami berabad lalu. Tak semuanya datang dari Amerika Syarikat. "Ohh design hang (kamu) ka? "Kamu cuba Google 'jala'. Kamu boleh dapat dengan harga yang murah. "Kami dah lama gunakannya sebelum nenek moyang kamu datang menjajah," demikian antara komen netizen. Bagaimanapun salah seorang pengikut Klye cuba mempertahankannya dan berkata bahawa peralatan seperti itu tidak pernah wujud di Amerika Syarikat. "Ya, tapi dia guna perkataan 'merekacipta'. Jangan cakap dia yang menciptanya," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
annehuda replied at 1-6-2023 11:35 PM
Tetiba teringat la dulu ada minah salleh ni, dia pegi negara asia, jumpe bubur aka congee. Balik neg ...
pearl.silver replied at 1-6-2023 11:41 PM
Westerners mmg xda menu congee ye?
annehuda replied at 1-6-2023 11:44 PM
Ade ke iols rasa westerners ada menu oat jelah kot. Yg plg hampir pun iols rasa risotto tp tu maka ...
pearl.silver replied at 1-6-2023 11:47 PM
Mmg xkne la
Mcm omputih nk buat rendang crispy
Bukan mknn diorg tp nk buat selera diorg. Dah ...
FlexyFox replied at 2-6-2023 01:20 AM
macam orang melayu buat pizza topping rendang, tekak melayu he he he..
sharlenetexas replied at 2-6-2023 01:22 AM
Nasi arab versi melayu ada sambal belacan.
sharlenetexas replied at 2-6-2023 01:22 AM
Nasi arab versi melayu ada sambal belacan.
FlexyFox replied at 2-6-2023 01:20 AM
macam orang melayu buat pizza topping rendang, tekak melayu he he he..
ADVERTISEMENT