Seorang wanita hilang selama 36 jam selepas terjatuh di dalam lubang sedalam 10 meter, lapor Daily Star. Maria Cristina Simoes Ferreira e Penha, 22, tergelincir dan jatuh di antara cerun curam dan tapak pembinaan beberapa saat dari rumahnya di Cachoeiro de Itapemirim, di tenggara Brazil, pada petang 26 Mei.
Dia akhirnya ditemui selepas jiran mendengar tangisan meminta pertolongan dan mendail untuk perkhidmatan kecemasan pada Ahad (28 Mei). Anggota bomba memulakan usaha menyelamat selama dua jam dan dia akhirnya dibawa ke atas pengusung sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan kecederaan. Menurut keluarga Maria, dia tidak membawa telefon bimbitnya ketika keluar rumah pada hari kejadian. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT