Suspek kes bunuh kekasih hamil hadir ke Mahkamah Majistret Sungai Besar pada 8.55 pagi berbaju kuning dengan diiringi polis menaiki kereta. Terdahulu, media melaporkan mayat mangsa berusia 21 tahun yang hamil empat bulan ditemukan dalam keadaan terbakar di belukar kebun sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Suspek dipercayai menjalankan jenayah itu berseorangan dan motif pembunuhan disebabkan mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa. Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih dan menjalin hubungan selama setahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: Harian Metro
|
Buritan replied at 1-6-2023 11:44 AM
Abis masa dpn ko dik.. aku besokan gambo ujung ujung tulisan my media tu betul betul kat kote polis
ADVERTISEMENT