Sudahlah hubungan cinta tidak direstui keluarga kekasih, malah seorang lelaki di Nusa Tenggara Timur, Indonesia turut didera! Andreas William Sanda atau Andre, 21, mengalami mimpi ngeri apabila ibu bapa kekasihnya memanggil tiga lelaki beruniform tentera ketika dia ke rumah mereka.
Selain dipukul di muka dan kepala dihentak dengan senapang, mangsa dipaksa menyapu minyak panas pada kemaluannya sehingga dia mengalami kencing berdarah. Malah, dia juga mendakwa punggungnya turut luka akibat dupukul mereka. “Wajah saya dipukul pakai pistol sampai hancur. Alat kelamin saya juga diminta letak minyak panas satu botol,” katanya seperti dilaporkan Kumparan yang dipetik Gempak. Difahamkan, Andre sudah melaporkan mengenai kejadian kepada pihak berkuasa dan kes itu kini dalam siasatan. - CARI
|
ADVERTISEMENT