Pesara kerajaan nekad melawan peragut dengan menarik motosikal suspek sehingga jatuh di Jalan BRP 7 Bandar Baru Sungai Buloh, semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan kejadian 11 pagi itu berlaku apabila lelaki warga emas berusia 67 tahun berjalan menuju ke keretanya.
Menurut beliau, mangsa ketika itu didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha Y16 ditunggang suspek yang bertindak menarik rantai emas dipakai mangsa bernilai kira-kira RM10,000. “Menyedari dirinya diragut, mangsa bertindak menarik motosikal tersebut sehingga menyebabkan suspek terjatuh. Mangsa terus memeluk badan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Shafaaton berkata, berikutan insiden tersebut mangsa mengalami luka kecil pada lutut akibat terjatuh dan rantai emas tersebut telah dirampas semula oleh mangsa.
“Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian telah membuat tangkapan terhadap suspek dan merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Y16. Semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau. “Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman esok di Mahkamah Shah Alam untuk siasatan lanjut,” katanya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
mizruncing replied at 1-6-2023 11:21 AM
elok pn kena tangkap. kurang sorang manusia paling tak guna kat malaysia ni
Yoonggi replied at 1-6-2023 11:27 AM
nk tgk gak gmbr pakcik umur 67 taun tu. mesti fit kot.
Orix replied at 1-6-2023 03:41 AM
mesti india atau cainis la kan pakcik tu
otai_g replied at 1-6-2023 03:16 AM
13 rekod jenayah lampau. Pastu ni tmbh 1 lg Kes. Pastu keluar balik buat lg Kes. Smpi bila nak abes ...
ADVERTISEMENT