Kuala Lumpur: Pemain Kelantan FC mengalami 'penderaan mental' daripada pengurusan pasukan itu dengan kata-kata kesat dan makian kepada pemain. Situasi itu menimbulkan keresahan (anxiety) di kalangan pemain terutama apabila mengetahui pemilik kelab, Norizam Tukiman mahu hadir menyaksikan perlawanan.
Ia didedahkan penjaga gol pasukan itu, Farhan Abu Bakar yang mengesahkan laporan mengenai 'penderaan mental' juga dibuat kepada Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) selain isu tunggakan gaji dan kontrak. Katanya lagi, situasi berkenaan bukan saja dirasai pasukan bola sepak Kelantan malah turut dialami pekerja di rangkaian syarikat Norizam. "Sampaikan bila pekerja hotel pun resah kalau dia (Norizam) hubungi mereka. Kami pun jadi resah kalau dengar dia nak datang padang dan tonton perlawanan.
"Sebab kalau masa rehat separuh masa pertama itu, dia akan masuk bilik, hentam dan maki (pasukan) jadi apabila dia datang, kami mesti resah. "Cuma apa yang dia lakukan sebelum ini, kami tiada bukti kukuh yang dia maki kami tetapi selepas itu, kami ambil maklum dan sentiasa bersedia untuk merekod panggilan," katanya. Dalam perkembangan sama, Farhan yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Kedah dan PKNS FC itu turut mendakwa situasi itu sudah berlaku sejak 'The Red Warriors' diambil alih oleh pengurusan baharu. "Cuma ia tidak dibesar besarkan walaupun memang sudah terjadi sebelum ini. Tetapi tiada medium sesuai untuk kita dedahkan benda ini. "Sebab saya rasa tekanan daripada pengurusan ini sudah melebihi batas dan saya fikir sudah sampai masanya untuk saya bersuara," katanya. Terdahulu, tular di laman sosial perbualan antara Norizam dan seorang pemain TRW, di mana pemilik kelab itu memaki hamun tonggak berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan pemain itu yang tidak mengucapkan terima kasih kepada pegawai kewangan pasukan itu yang mengkreditkan bayaran pendahuluan RM1,000. -CARI Sumber: Harian Metro
|
otai_g replied at 1-6-2023 11:13 AM
Zam saham ke tu?
Orix replied at 1-6-2023 11:36 AM
ya betul.... dia.. haha
kelapaparut replied at 1-6-2023 01:06 PM
name tukiman jawa kah
ina_na replied at 1-6-2023 01:29 PM
Mmg Jawa..org Johor..dia kan banyak beli hotel murah2 ms pkp dl..siap bl yg kat Bali lg..
ADVERTISEMENT