Seorang pengguna TikTok meraih perhatian ramai selepas memuat naik rakaman detik romantis dua orang kanak-kanak yang dipercayai sepasang kekasih. Menerusi video tersebut, pasangan itu dilihat saling memegang pipi antara satu sama lain dan membalas ‘flying kiss’ sebelum pulang ke rumah.
Difahamkan video berkenaan diambil di belakang rumah tanpa pengetahuan mereka. Di ruangan komen ramai pengguna media sosial yang terhibur melihat aksi kedua kanak-kanak itu yang baru mahu mengenal erti cinta. Bukan itu sahaja, mereka turut mengimbau kenangan zaman alam persekolahan dan membandingkan dengan kanak-kanak zaman sekarang yang sudah pandai bercinta di usia yang muda. -CARI
|
telracs replied at 31-5-2023 04:53 PM
Isu semasa..
Kanak-kanak bercinta...
Seb baik tak bercinta sesama jenis...
PULANGKAN replied at 31-5-2023 06:56 PM
video bila ni, dua2 pakai facemask lagi
kawan aku, 4 orang, ada 2 couple zaman sekolah
ADVERTISEMENT