CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acah Kaya Ubah Suai Flat Sampai Meter Air Jiran Duduk Dalam Rumah!

31-5-2023 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2946| Komen: 41

Isnin lalu, tular video memaparkan sebuah rumah flat diubah suai di bahagian belakang.

Itu adalah perkara biasa kita lihat atau dengar di media sosial sejak kebelakangan ini.

Namun, apa yang mengejutkan adalah penambahan dilakukan itu meliputi kawasan yang meletakkan meter air milik unit lain di bangunan tersebut.



Binaan tambahan itu dijadikan sebagai kawasan dapur dan tempat membasuh baju.

Berdasarkan klip tular itu, kawasan tambahan yang dibina dengan sedikit tembok dan berpagar itu dijadikan sebagai kawasan dapur dan tempat membasuh pakaian oleh pemilik unit berkenaan.

Unit kediaman itu membabitkan sebuah flat terletak dekat Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Tarikh pada rakaman tersebut menunjukkan video tersebut dibuat pada 22 Mei lalu.



Berdasarkan klip tersebut, pemilik video berkenaan didengar cuba memanggil pemilik unit terbabit dipercayai untuk menukar meter air miliknya yang terletak di dalam binaan tambahan tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan pemilik unit rumah terbabit yang disifatkan sebagai mementingkan diri.






Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-5-2023 04:37 PM
Paling lahanat kehidupan seseorang tu bila dah kastakan B40 semua tu termasuk acik2 fb perangai tak semenggah masuk berporem dekat sini
Quote afie_m 31-5-2023 04:40 PM
dasyat ni sampai meter air pun dalam binaan ubahsuai..
Quote prettyuglybabe 31-5-2023 05:15 PM
panggil pbt biar dorang pecah je pintu tu..
Quote krustykrab 31-5-2023 05:29 PM
Rumah lama mcm ni lah...iols pun beli rumah subsale tahun 80an tk silap....mcm² jenis ada.tp yg paling dasyat rumah row blkg semua extend habis sampai ke longkang. Meaning diorg dh ambik extra 5 kaki yg bukan hak diorg. Mostly melayu isele. Tudung labuh tudung tutup tetek je, berkopiah, berserban semua ada
Quote airfilterkotor 31-5-2023 05:58 PM
krustykrab replied at 31-5-2023 05:29 PM
Rumah lama mcm ni lah...iols pun beli rumah subsale tahun 80an tk silap....mcm² jenis ada.tp yg pal ...

Kompem air longkang belakang rumah tu busuk berminyak membuak-buak sebab extend dapur, sinki pun berubah lokasi.
Air buang dari sinki straightttttt masuk longkang.
Kuah kari, kuah lodeh, air sisa siang ikan, air sisa nasik kandaq smalam semua pegi sana.
Astu air busuk tu plak lalu longkang luar belakang umah kita.

Kannn...?
Quote acikhan 31-5-2023 06:15 PM
rumah flat yg haku duduk sekarang nie design pattern cmnie tp selamat x de tutup abis meter tu cuma nyer depan rumah org bwh basah la...

Raya pertama aritu meter umah haku bocor air meleleh laju kebetulan haku da balik kg, jiran bwh bgtau pukul 2 pagi, haku call air n9 deme cuti Raya 4 ari ooo....terpaksa minta maaf kat jiran bwh sbb depan umah nyer banjir, first time berlaku selama haku duduk umah flat nie
Quote Kitty_catz 31-5-2023 06:16 PM
Edited by Kitty_catz at 31-5-2023 08:26 PM

bila pemikiran (edited) level bifoti tawu pulak marohhh ye dokkk

Quote krustykrab 31-5-2023 06:19 PM
airfilterkotor replied at 31-5-2023 05:58 PM
Kompem air longkang belakang rumah tu busuk berminyak membuak-buak sebab extend dapur, sinki pun b ...

Ya betoi...dan dissbkn mrk dh extend sampai tkde jln blkg..jd mmg takde  pekerja yg dtg bersihkn..cuma harapkn hujan lebat tolak kalau ada tersumbat atau kitaorg sendiri la yg tolak..
Quote ultra78 31-5-2023 06:23 PM
[youtube]KtUFIQTWMsg[/youtube]
Quote airfilterkotor 31-5-2023 06:30 PM
Yang di hello hello belakang umah orang tu dah kenapa.
Quote airfilterkotor 31-5-2023 06:35 PM
krustykrab replied at 31-5-2023 06:19 PM
Ya betoi...dan dissbkn mrk dh extend sampai tkde jln blkg..jd mmg takde  pekerja yg dtg bersihkn.. ...

Bila longkang kotor/busuk, magnet pada tikus dan lipas.Mungkin ada yang dah tahu... dan pada yang belum tahu, air sinki harus disalur ke lurang pembetung.
Longkang luar rumah hanya untuk air hujan sahaja.

Semuga kita dapat mendidik masyarakat dengan ilmu macam ni.



Quote midori888 31-5-2023 06:39 PM
Kitty_catz replied at 31-5-2023 06:16 PM
bila panggei perangai supo bifoti tawu pulak marohhh ye dokkk



T20 pun ada perangai lebih kurang mcm nie cuols...rumah kawan adik meols kat seberang perai, landed property corner lot, reno umah smp makan jalan...
Quote krustykrab 31-5-2023 07:09 PM
airfilterkotor replied at 31-5-2023 06:35 PM
Bila longkang kotor/busuk, magnet pada tikus dan lipas.Mungkin ada yang dah tahu... dan pada yang  ...

Sepatutnya mmg mcm tu lah..semua air lumbahan mesti masuk dlm pembentunhg. Tp sbb rumah lama ni majlis mmg tk ambik tau, asal byr cukai udah le..tp lately org dok bising kt medsos, baru nmpk ada action. Tp benda dh berlaku, majlis pun x blh nk paksa diorg ni robohkn apa yg diorg dh extend, sb terlalu ramai yg akn kena.
So yg patut dipersalahkn mmg pihak majlis lah. Diorg patut cakna dari dulu lagi sb itu mmg tugas diorg. Makan tido je staff gomen, bila org marah sentap pulak.
Quote green~tea 31-5-2023 07:17 PM
Aneh2 je la perangai b40 neh
Quote green~tea 31-5-2023 07:19 PM
krustykrab replied at 31-5-2023 05:29 PM
Rumah lama mcm ni lah...iols pun beli rumah subsale tahun 80an tk silap....mcm² jenis ada.tp yg pal ...


Aku pernah dengar kisah benar flat PPRT area ukay perdana...

Ada sorang acik tu dia buat dapur basah kat korridor ok.. siap masa ada sorang tu lalu nak ke rumah seberang, kena pass by acik tu tengah goreng nasik sambil berkemban kain batik kat koridor
Quote krustykrab 31-5-2023 08:06 PM
green~tea replied at 31-5-2023 07:19 PM
Aku pernah dengar kisah benar flat PPRT area ukay perdana...

Ada sorang acik tu dia buat dapur b ...

Astaga.....
Quote SalenaGomez 31-5-2023 08:22 PM
green~tea replied at 31-5-2023 07:19 PM
Aku pernah dengar kisah benar flat PPRT area ukay perdana...

Ada sorang acik tu dia buat dapur b ...

Tarik skit kain batik tu, terus lurut…sabau je lah, malu lah skit pastu bahaya kan, kot ada org aim makcik tu ke…baca berita tadi pon ada kes org tua umur 67 kena bunuh dgn lelaki 45 sbb cinta ditolak
Quote Kitty_catz 31-5-2023 08:25 PM
midori888 replied at 31-5-2023 06:39 PM
T20 pun ada perangai lebih kurang mcm nie cuols...rumah kawan adik meols kat seberang perai, lan ...

tu ekceli nak tulis pemikiran level bifoti.. ter hit post


Quote gekkou 31-5-2023 09:04 PM
prettyuglybabe replied at 31-5-2023 05:15 PM
panggil pbt biar dorang pecah je pintu tu..

pernah report
tapi x dak apa tindakan pun
yang tanda parking dengan motor, baldi, tong semua ada
bila org tegur...boleh bawa gaduh

rumah bawah byk je extend
penat dah nk report
staff pbt duduk flat ni pun pejam mata ja
kedai letak meja dalam petak parking
polis pbt elok ddk makan ctu pakai uniform

tapi bukan flat yang sama dalam cerita di atas
syukur tak lama lagi nk pindah

mungkin kena viral gini baru celik mata kot

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.165172 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top