Desas-desus Lionel Messi bakal berhijrah ke kelab Al-Hilal berada di kemuncak akhir selepas dia digantung sebentar oleh Paris Saint-Germain (PSG) kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Saudi, lapor Daily Star.
Malah, dia dikatakan bersetuju berpindah ke Timur Tengah sebaik kontraknya tamat pada penghujung musim ini meskipun perkara tersebut pernah dinafikan sepenuhnya oleh bapa dan ejen pemain Argentina itu, Jorge. Lebih mengejutkan apabila akhbar Perancis mendakwa kem pemain berusia 35 tahun itu menerima perjanjian yang akan menyaksikan dia memperoleh jumlah hampir £1 bilion (RM5702 juta) dalam tempoh dua tahun. Ini bermaksud, jumlah pendapatannya akan menjadi dua kali ganda lebih daripada pesaing Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang menyertai Al-Nassr. Difahamkan, bekas rakan sepasukan Barcelona berusia 35 tahun dan rakan rapat Sergio Busquets dan Jordi Alba juga akan meninggalkan kelab Catalan itu pada penghujung musim.
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT