Zamani banyak belajar tentang kehidupan hasil pengalaman menjalani rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lapan bulan pada 2015 Katanya pengajaran terbesar yang diperolehnya ialah disiplin dalam kehidupan seharian yang diamalkan sehingga hari ini.
"Kadang-kadang benda mudah saja tetapi kita tak perasan. Contohnya ketika minum tidak boleh berdiri dan kena duduk. Perkara seperti itu membentuk sahsiah diri saya," katanya kepada Harian Metro. Zamani berkata, hari pertama dia menjejakkan ke Rumah Pengasih, dia kekok untuk menyesuaikan diri. "Pada mulanya memang saya tidak rela dan rasa terpaksa untuk berada di situ. Saya rasa berat untuk ikuti program-program yang dijalankan. "Kita sudah biasa jadi artis. Tidur siang, malam tak tidur. Jadi, bila di situ saya perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan.
"Saya perlu mengikuti rutin harian yang ditetapkan seperti bangun waktu Subuh, pergi kelas, buat kerja dan melakukan pembersihan diri," katanya. Katanya, dia memerlukan tempoh empat bulan untuk menyesuaikan diri dengan rutin harian baru dalam kehidupannya itu. Dalam perkembangan lain, Zamani bakal tampil dalam Konsert Kasih Pengasih 2023 yang akan diadakan di Auditorium RTM Kuantan pada 1 Julai ini bersama Amir Ukay's, Ameng Spring dan kumpulan Iklim. Menurutnya, dia menerima tawaran itu kerana ingin membantu mengumpul dana bagi Rumah Pengasih itu. "Saya pernah berada di situ dan saya tahu ia bukan perkara yang mudah," jelasnya. Idea untuk mengadakan konsert ini dicetuskan pihak pengurusan Rumah Pengasih yang ingin mempromosikan Pengasih cawangan Pahang. Konsert Kasih Pengasih 2023 turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Pahang, RTM Pahang, Pengasih cawangan Pahang dan Restoran Baina Nasi Kerabu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Themilo replied at 31-5-2023 04:16 PM
"Dalam perkembangan lain, Zamani bakal tampil dalam Konsert Kasih Pengasih 2023 yang akan diadakan d ...
Themilo replied at 31-5-2023 04:16 PM
"Dalam perkembangan lain, Zamani bakal tampil dalam Konsert Kasih Pengasih 2023 yang akan diadakan d ...
Burong_Hantuk replied at 1-6-2023 09:01 AM
satu jer aku nk tanya...kau masih mendadih lagi x???klu yer, kau minum cangkung @minum sambil baring ...
tompie replied at 1-6-2023 10:32 AM
Geng2 ex penagih ni mungkin ada less than 10% yang boleh betul2 baik i.e. terus tak amik lagi. Per ...
tompie replied at 1-6-2023 10:32 AM
Geng2 ex penagih ni mungkin ada less than 10% yang boleh betul2 baik i.e. terus tak amik lagi. Per ...
tompie replied at 1-6-2023 10:32 AM
Geng2 ex penagih ni mungkin ada less than 10% yang boleh betul2 baik i.e. terus tak amik lagi. Per ...
stingergrumpy replied at 4-6-2023 12:43 AM
Then you should stay there longer...so that you will learn more about kehidupan
silampumeja replied at 4-6-2023 10:12 AM
Konsep rumah pengasih tu volunteer dan berbayar. Sbb tu tak ramai org duduk lama dalam tu. Sela ...
ADVERTISEMENT