Polis mereman warga emas selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Taman Perda, Kuala Muda, Penaga dekat sini, Sabtu lalu.
Perintah reman ke atas suspek berusia 70 tahun dan merupakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) itu dikeluarkan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan. Suspek yang tiba di Mahkamah Majistret Butterworth pukul 10.45 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna oren direman bermula hari ini hingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda Penaga di sini, Sabtu lalu. Mangsa bagaimanapun dijumpai orang awam di sebuah bangsal di tepi jalan Permatang Keriang, Penaga, kira-kira 2.4 kilometer dari lokasi kediamannya di Desa Kuala Muda, dekat sini pukul 6 petang keesokan harinya. Siasatan awal polis mendapati, kanak-kanak itu keluar dari rumahnya untuk bermain kira-kira pukul 1.30 tengah hari, namun tidak pulang ke rumah sehingga pukul 5 petang sebelum operasi mencari digerakkan dengan bantuan ahli keluarga serta penduduk kampung berkenaan. Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga emas di rumahnya di Penaga pukul 10.30 malam tadi bagi membantu siasatan kes terbabit. Difahamkan, suspek mengenali kanak-kanak berkenaan dan mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul hingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian rahangnya. Sumber: UTUSAN |
KamikuP replied at 31-5-2023 04:05 PM
Cina ke? Mohon dihukum ye musibat ni. Apa le dosa budak tu.. huhuhu. Inilah dia warga tua sampah mas ...
missbigrockstar replied at 31-5-2023 08:05 PM
Tak senang duduk aku follow rapat kes ni. Semoga yg baik2 saja utk adik tu. Dan pesalah dikenakan hu ...
lola0311 replied at 31-5-2023 01:01 PM
kenapa dia pukul budak tu??
dua_chzy replied at 1-6-2023 07:59 AM
Dia nak cabul kot. Budak tu melawan, tu yang dibantainya muka.
dua_chzy replied at 1-6-2023 07:59 AM
Dia nak cabul kot. Budak tu melawan, tu yang dibantainya muka.
asfaz replied at 2-6-2023 09:20 PM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5179103&extra=&mobile=2
Kes sama ke?
mejaputih replied at 3-6-2023 10:59 AM
Rasanya sama
asfaz replied at 3-6-2023 11:21 AM
Benang sebelah ada forumer share link fb. Gbr budak pompuan ni. Kurus betul
mejaputih replied at 3-6-2023 12:07 PM
Atuk dia la kan yg kena tahan ni..siannya la kurus tak cukup mkn dan selalu kena pukul agaknya
ADVERTISEMENT