Alam perkahwinan terutama detik-detik selepas bernikah buat pengantin baru menjadi lebih manis sekiranya pasangan sentiasa menjaga ikhtilat dan batas pergaulan sebelum diijabkabulkan.
Di TIkTok, tular video wanita bernama Latifa dalam acara membuka hijab selepas dinikahkan. Acara berkenaan sebenarnya perkara biasa dalam majlis perkahwinan masyarakat di Timur Tengah di mana kawan-kawan dan saudara perempuan akan dikumpulkan untuk sama-sama melihat reaksi pengantin lelaki. Suaminya yang dikepung ahli keluarga lain kelihatan sebak sebelum mula bertepuk tangan apabila pertama kali melihat isterinya tanpa hijab.
Meskipun kamera tidak dihalakan ke arah pengantin perempuan, reaksi si suami cukup menggambarkan keanggunan di sebalik imej bertudungnya itu. SUmber: Kisah Dunia
|
esbok replied at 31-5-2023 04:54 PM
kadang2 tertanya juga, apa la perasaan orang lelaki tgk perempuan2 bertudung ni, botak kah? ke ingat ...
prince_marhaen replied at 31-5-2023 04:39 PM
dia belum terkejut lagi tengok zaman 80an upacara reveal rambut rimbun hutan amazon sabut nyiok akak ...
limesherbet replied at 1-6-2023 08:28 AM
Salah cara tu..cara islam is bila merisik nak sarung cincin tu lelaki memang boleh buka tudung bakal ...
ADVERTISEMENT