CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bicara Kes Edar Dadah Selesai, Nasib Ismahalil Hamzah Ke Tali Gantung Diketahui 17 Julai

31-5-2023 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1379| Komen: 5

Nasib Ismahalil Hamzah yang dituduh mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal diketahui 17 Julai ini.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar keterangan saksi terakhir pada perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.


Muhammad Jamil menutup kes berkenaan selepas memanggil lima saksi pembelaan memberi keterangan termasuk isterinya iaitu Nor Haslinda Abd Manaf.




Pada perbicaraan itu, saksi pembelaan kelima memberitahu mahkamah, dia tidak berada di dalam bilik kejadian serbuan dibuat sebaliknya hanya melihat daripada garaj kereta ketika Ismahalil digari dan dibawa polis.

Saksi turut menjelaskan bilik tempat dadah dijumpai itu adalah ruang kegunaan bersama bagi tujuan solat dan mengecas komputer namun kesemua barang berkaitan tiada dalam bilik berkenaan.

“Bilik tersebut sememangnya merupakan bilik para DJ, kru Bapakku FM dan kawan-kawan tertuduh untuk melepak, tidur, solat, mengecas telefon bimbit dan sebagainya.

“Sejujurnya saya juga kebiasaannya akan berehat di dalam bilik tersebut untuk tidur sebelum dan selepas bertugas,” ujarnya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad bagaimanapun memberitahu mahkamah keterangan dibuat saksi terakhir itu bertentangan dengan bukti bergambar yang diserahkan kepada mahkamah.

Saksi yang merupakan setiausaha Kelab MyFriend Bapakku FM turut didakwa memberi keterangan berbentuk rekaan demi menyelamatkan tertuduh yang merupakan majikannya.

Untuk rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 31-5-2023 04:07 PM
Once a drug delaer always a musibat
Quote coco 31-5-2023 04:17 PM
Thailand aman aman je ngan kanabis ni.  
Quote Purplehaz 31-5-2023 04:33 PM
Yg pecah lobang mesti tokan tokan lain..takpun kwn terdekat report.
Nasiblah mu


Quote rosedemon 1-6-2023 08:56 AM
cptlah trima hkuman halaahh
Quote KelisaSilver 1-6-2023 10:18 AM
dia ni mmg ada history ke?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.108500 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top