Lelaki berusia 45 tahun meninggalkan nota pada motosikalnya sebelum mayatnya ditemui tergantung di longkang di Taman Cempaka, Jempol jam 7.15 pagi tadi. Pada nota itu tertera ayat 'Ah Wa, tolong tengok saya, saya ada di bawah sungai'.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan penemuan mayat itu. Katanya, lelaki itu ditemukan dalam keadaan tergantung dengan tali nylon yang turut terikat pada penahan longkang. "Pemeriksaan hanha menemui beg silang di badan lelaki terbabit selain botol kecil berisi cecair dipercayai metadon. "Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini," katanya.
Menurut beliau, polis turut menemu bual seorang saksi dipercayai rakan lelaki terbabit. Lelaki itu meninggalkan motosikalnya di hadapan kedai saksi berkenaan. "Kandungan nota berkenaan diterjemahkan oleh saksi berkenaan. Siasatan awal mendapati, mangsa tiada rekod jenayah. "Mayat dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT