CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Meninggal, Isteri Dan 8 Anak Menderita-Wang Simpanan Habis, Dihalau Dari Rumah "Dulu Arwah Bagi RM3000 Sebulan"

31-5-2023 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3614| Komen: 61

MELAKA –Kematian ketua keluarga akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit jantung minggu lepas membuatkan kehidupan sembilan beranak di Taman Sutera Emas, di sini, berubah sekelip mata.

Wang simpanan habis dan lebih malang kini mereka diminta untuk keluar dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa yang tertunggak.

Menurut Siti Suryati Sani, 41, episod malang keluarganya bermula selepas suami, Khirul Azlizam Mohamed@Mohamed Daud, 41, yang bekerja sebagai paramedik atas kapal disahkan mengalami masalah jantung selepas tiga salurannya tersumbat pada Januari lalu.


Foto: Kosmo

“Pada 11 Mei lalu, kakinya pula membengkak dan saya terpaksa meminta tolong jemaah masjid untuk membawanya ke hospital dan dalam masa seminggu masalah itu merebak pada hati serta buah pinggang.

“Suami menghembuskan nafas terakhir pada 26 Mei lalu,” katanya di sini kelmarin.


Cerita Siti Suryati, dia terpaksa menjual barang kemas bagi menampung perbelanjaan perubatan suami dan keluarga termasuk lapan anak berusia 15 tahun hingga 10 bulan selepas semua wang simpanannya habis.

“Lampin pakai buang dan susu anak sahaja RM400 sebulan, sebelum ini arwah peruntukan RM3,000 sebulan untuk segala belanja rumah.

“Simpanan memang sudah habis, persekolahan anak-anak ditampung adik-beradik saya.

“Rumah pula sudah tertunggak 10 bulan dan pemilik telah minta kami untuk keluar dalam masa terdekat,” katanya.

Siti Suryati memberitahu, dia sedang menguruskan permohonan bagi pencen penakat Allahyarham untuk mengurangkan beban ditanggung susulan kini dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak-anak.

Tambahnya, anaknya berusia 13 tahun yang bersekolah di tahfiz juga terpaksa menangguhkan pengajian bagi membantu menjaga adik-adik dan bapanya ketika masih dirawat di hospital.

Terdahulu, Siti Suryati menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Datuk Mohd. Arif Yusa yang hadir bersama-sama pegawai kebajikan Japerun Ayer Keroh.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Siti Suryati 104068086569. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 03:31 PM
aku harap si balu ni kluar pegi cari kerja...
Quote ChildrenOfBodom 31-5-2023 03:37 PM
kerja paramedic atas kapal pon sempat buat lapan anak, kalau atas darat mau 18
Quote pinkpunk 31-5-2023 03:46 PM
41 tu muda lg nk kerja kak
Quote hokeypokey 31-5-2023 03:49 PM
sbb tu aku tak pernah setuju org skrg beranak ramai.. sbb bila anak ramai mak mesti tak kerja duk umah jaga anak, esok2 laki curang ke laki mati ke, terkial2 la nk besarkan anak reramai tu sorg2..
Quote JunkMail 31-5-2023 03:50 PM
Keje paramedik pun tersumbat 3 saluran by 41 years old. Tah lahhhhh...
Quote cattiecute 31-5-2023 03:51 PM
mak ai anak bersusun paku
maybe sebelum ni suaminya gaji besor tu buat anak ramai2 tu
tapi taktau kita ni tak menongkat dunia
bebila saja boleh p
takut nanti salah sorang pulak jadi beban nak bela anak ramai2
Quote supernaturalee 31-5-2023 03:54 PM
ChildrenOfBodom replied at 31-5-2023 03:37 PM
kerja paramedic atas kapal pon sempat buat lapan anak, kalau atas darat mau 18

uols ni kan selalu gives me this


Quote Rogue98 31-5-2023 03:56 PM
Insurance, epf? Kalau atas kapal biasanye premium tinggi kan. Wife pun muda lagi...masih boleh bekerja atau berniaga. Sakit bulan January tapi sewa rumah dah 10bulan tertunggak. Ke suami kena buang kerja.
Anak sampai 8 orang. Adoi...sorang anak pun dah mcm2 belanja...
Quote abas8888 31-5-2023 04:01 PM
tak ada pampasan dpd insurans ke? atau pampasan dpd sykt tempat bekerja?
KWSP arwah boleh keluarkan kan? Kena faraid la tapi. Ke orang kerja atas kapal ni tak ada kwsp sebab based luar negara?
Quote green~tea 31-5-2023 04:02 PM
Dah tau byk penyakit berangkai amek le hibah insuran 3 juta buat isteri jobless, anak pulak 8...

bodoh bangsat punya jantan
Quote lurve82 31-5-2023 04:02 PM
Keje ni xde epf ke? Sementara nak tgu pencen penakat tu amik masa. Semoga dipermudahkan urusan awak. Perit nk uruskan anak9. Sebaya aku lak tu
Quote green~tea 31-5-2023 04:03 PM
Rogue98 replied at 31-5-2023 03:56 PM
Insurance, epf? Kalau atas kapal biasanye premium tinggi kan. Wife pun muda lagi...masih boleh beker ...

Insurance hibah takde premium health pun... mmg as income protection in case breadwinner mati
Quote green~tea 31-5-2023 04:03 PM
lurve82 replied at 31-5-2023 04:02 PM
Keje ni xde epf ke? Sementara nak tgu pencen penakat tu amik masa. Semoga dipermudahkan urusan awak. ...

Adeeeeee... tp epf tu faraid ....
Quote lurve82 31-5-2023 04:07 PM
green~tea replied at 31-5-2023 04:03 PM
Adeeeeee... tp epf tu faraid ....


Sorry sis tertekan report. Xpe faraid pun. Asal ada duit dulu. Anak9 ramai nanti byk dpt dkt anak9 nanti
Quote kucingitam 31-5-2023 04:10 PM
aiyoo baru 41 ke umur dia..tgk dah mcm acik2 50an...
Quote shi_jewel 31-5-2023 04:18 PM
rasanya mcm kerja freelance paramedik atas kapal based on permintaan company kot. sama mcm laki kawan i, kerja paramedik atas kapal. gaji lumayan...tp mmg takde med benefit sbb freelance.

masuk spital gomen tp kalau tgk gaji mampu beli peralatan perubatan sendiri, mmg takkan diberi percuma melainkan kamu cerita yg sebetul-betulnya cerita dgn hospital. hosptl kerajaan pun takdela kejam sgt...

tepuk dade, tanya selera ande..................
Quote talapia 31-5-2023 04:26 PM
kesiannya.. muda lagi hilang tempat bergantung...
bukanla orang susah asalnya.. sbb arwah suami mampu bagi 3k sebulan lek lek..
tapi silapnya sbb takde persediaan emergency..  mcm forumer kata hibah tu.. in case jadi apa2 kt suami.. hibah dapat kat bini.. bole la survive nak uruskan anak2 yang tinggal.

Tapi taklehla bini tu terus menerus duduk rumah.. dia kena keluar bekerja la pulak lepas ni.. unless dia ada anak2 yg dah besar yg dah bole kerja utk ganti jadi bread winner. takat harap pencen penakat suami.. entahkan 2k je sebulan.. itu tak cukup untuk anak 8.

Moga dipermudahkanlah urusan balu ni utk uruskan segala tuntutan.
Quote cap_ayam 31-5-2023 04:31 PM
Semoga cepat dapat bantuan.
Quote midori888 31-5-2023 04:36 PM
Edited by midori888 at 31-5-2023 04:37 PM
lurve82 replied at 31-5-2023 04:02 PM
Keje ni xde epf ke? Sementara nak tgu pencen penakat tu amik masa. Semoga dipermudahkan urusan awak. ...

Mcm adik meols kerja dgn international company yg takde ofis kat Msia, jd takde EPF....tapi dia permanent staff, bukan freelance...jd ada company insurance, medical benefits semua...si mati nie kerja freelance, meols rasa freelance takde EPF and insurance.
Kenapa si mati nie masa hidup takmo beli rumah, kalu tak sekurang2nyer anak bini ada tempat tinggal sendiri...



Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.109842 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top