Gadis 16 tahun maut selepas ditikam berkali-kali dengan pisau dan dipukul dengan bongkah batu oleh teman lelakinya di khalayak ramai di sini, baru-baru ini. Kes mengerikan ke atas mangsa itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Rohini, utara Delhi, Ahad lalu.
Menerusi rakaman kamera keselamatan itu, suspek yang berusia 20 tahun dilihat menyerang remaja perempuan itu dengan pisau dan menikamnya berulang kali, lapor Metro UK. Suspek dan mangsa adalah kekasih, namun mereka dipercayai bertengkar pada Sabtu, sebelum kejadian itu. Menurut laporan polis, gadis itu diserang ketika dalam perjalanan ke majlis sambutan hari lahir anak rakannya. Suspek dikatakan mengekori mangsa dan kemudian melakukan perbuatan kejam itu ke atas kekasihnya itu.
Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Wanita, Rekha Sharma mengarahkan Polis Delhi untuk menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian dikatakan tidak cuba untuk membantu mangsa ketika dia diserang tanpa belas kasihan. Sementara itu, Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal berkata, pembunuhan gadis bawah umur yang dibunuh dengan kejam secara terbuka di Delhi adalah satu kejadian yang sangat malang dan menyedihkan. Susulan pembunuhan ngeri itu, suspek melarikan diri, namun ditahan di Uttar Pradesh, Isnin lalu. Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 31-5-2023 04:16 PM
alaaahai
polis pegang tgn sadistic killer cenggitu je
ADVERTISEMENT