CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Asalkan Nafkah Wajib Dan Insurans Dia Mampu Tanggung Cukuplah,"- Pendapatan Shila Amzah Lebih Tinggi Buat Ubai Tertekan

31-5-2023 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7828| Komen: 130

Disebabkan sumber pendapatan Shila Amzah lebih kukuh, Ubai jadi tertekan tentang soal kewangan.

Shila sedar tidak mungkin personaliti media sosial itu mencapai pendapatan seperti diperolehinya ketika ini namun itu bukan perkara menghalang hubungan mereka.


Namun jika keperluan wajib seperti nafkah dan urusan insurans dapat dilaksanakan Ubai, ia sudah mencukupi buat masa sekarang.


Foto: IG

"Kami banyak berbincang tentang soal ini. Sejujurnya dia tertekan tapi saya cakap dengan dia, usaha dan doa. Untuk dia capai seperti saya sekarang memang tak mungkin.

"Asalkan kita dapat selesaikan nafkah apa yang patut, insurans dan perancangan beli rumah, itu sudah mencukupi buat masa sekarang," katanya di IG Story.



Salah seorang peminatnya bertanya bagaimana Shila dan Ubai atau Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, merancang kewangan mereka kerana penyanyi itu dilihat mempunyai pendapatan lebih besar berbanding tunangnya.

Dalam pada itu, Shila berkata, dia berasa kasihan dengan Ubai kerana umurnya yang masih muda tetapi terpaksa bekerja keras demi merapatkan jurang kehidupan mereka.

Shila bagaimanapun tetap positif dan sering menasihatkan Ubai untuk berusaha sehabis baik dan menyerahkan selebihnya kepada rezeki.


"Kasihan dia umur 25 tahun tapi kena 'pecut' untuk nak sama tara dengan saya.

"Saya cakap buat sehabis daya, ditahap mana rezeki yang Allah bagi buat masa sekarang ini pun dah cukup," ujarnya.

Pada Sabtu lalu, Shila mengikat tali pertunangan bersama Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.



Shila dikatakan rapat dengan Ubai pada awal Februari lalu dan mengakui mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Untuk rekod, sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.



Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote royaldanish 31-5-2023 02:35 PM
Malu la tunang ko tu shibai oiiii takyah cakap kat seluruh kampung la benda gini.

Diam2 sudeyyyy
Quote lifeline 31-5-2023 02:39 PM
ish ish ish xyah la ckp
x ckp pon org tau la
tp ubai ni pesen wak wak bethol ye
aku x gemar sgt bila dia interview org pon ntah la
percakapan, gaya ,grammar dan suara x sedap di dgr
tp dh itu yg shila minat...Shibai aje lahhhh...
Quote anilanil 31-5-2023 02:42 PM
Alah cam tak biasa shila ni..bukan ke mantan laki pon sama. Mantan bf dulu ko pon byk sponsor beli baju & kasut made in china. Family ko pon ko yg byk support kan.
Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 02:51 PM
bnyk btl thread psl kapel kepam berkerak nih
Quote Chrating 31-5-2023 02:59 PM
Harap Ubai simpan bukti ni.  Statement ketika masih dalam fasa bahagia baru cecah 6 bulan.  Takut 6 tahun nanti semua diungkit
Quote syamzana 31-5-2023 03:04 PM
sejenis suke membela org wpun byk pengalaman memeritkan tapi tak pernah nak ambil iktibar.
lantak laaa.
bila happy semuanya "takpe buat termampu asal kita bahagia".
bila mai puting beliung habis diungkit tak bg nafkah, suke mendera, relationship toxic blablabla.
Quote Cokoro 31-5-2023 03:06 PM
Takyah lah cerita kat orang
Quote timah03 31-5-2023 03:23 PM
Beli rumah? Kena beli juga ke...
Bukan shila dah ada rumah sendiri ke...
Quote hotmak 31-5-2023 03:23 PM
belum apa2 dah rendahkan standard, cuma harap nafkah wajib je, esok2 laki dah senang dan lepas tangan, mula ungkit
Quote cicicumel 31-5-2023 03:29 PM
Ayooo... Hal2 kewangan ni dlm r/tgga ni boleh gaduh bawak cerai ok... Sikit sangat ke pendapatan ubai ni smpai dia kata tak mungkin capai setara dia?
Quote OsHiN_hOnEy 31-5-2023 03:37 PM
sambil jegil mata and buat tarian tiktok yg dgn mesin gun tu

you tak dgr ckp i
you ingkar
you berani jeling pompuan lain
you berani nak lawan ckp i

out you go same way as my ex si british accent dulu

ibai - angguk2, tunduk pandang ke lantai tak berani nak ngadu kat mak sendiri
Quote cattiecute 31-5-2023 03:47 PM
#Shibai ni kalau tak bercakap tak sah kan
habis 1 malaya tau ko lagi loaded dari ubai
cer diam2 je
orang main teka2 je
ini kecoh2 tak lama lagi ada la sesi ungkit mengungkit
puiii
dah la kenal dari feb , bulan may dah bertunang
tak serik betui ko kan macam budak tumbuh bulu punya kalut
Quote tootii 31-5-2023 03:57 PM
hahha .. insurans , rumah tu ko pikir keci2 amount ker ? hahahaa
ko tunggu dulu Ubai .. satgi ada la menda lain yg ditambah daripada 'cukup' la tu
Quote awenda507 31-5-2023 04:05 PM
Kne hadap la bila kawen dgn partner yg lbh stable
Quote hzln 31-5-2023 04:11 PM
Nampak sgt la yg pompuan yg terlebih kemaruk dkt si jantan berbanding dgn jantan tu kat dia ????
Quote KucingBiru 31-5-2023 04:16 PM
Belum apa Shilat ni dah ada bayangan red flag utk memusnahkan mahligai shibai theyolss.

Ada keperluan ke nak bgtau sedunia bakal laki hang tu tak berapa mampu?
Quote NazRysha 31-5-2023 04:21 PM
Tak nampak lama couple ni
Quote NazRysha 31-5-2023 04:22 PM
KucingBiru replied at 31-5-2023 04:16 PM
Belum apa Shilat ni dah ada bayangan red flag utk memusnahkan mahligai shibai theyolss.

Ada keperlu ...

kan
siap cakap ubai xleh mampu nak berada di tempat mcm dia skang
gila la pompuan ni punya riak
Quote Yoonggi 31-5-2023 04:26 PM
aiyoyo, br tunang tp dah cite kekurangan tunang dr segi financial. siap leh ckp utk capai apa dia ada skrg, x mgkn. condescending betul

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.053427 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top