CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buat Mak Cik Ifa Raziah, Adakah Mak Cik Nak Tunggu Malaikat Maut Datang?"-PU Syed

31-5-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1992| Komen: 25

Pencetus Ummah (PU) Syed tampil menegur Ifa Raziah selepas tular isu video tarian goyang bersama Datuk Seri Aliff Syukri.

Di Instagram, PU Syed menyatakan bahawa usahawan berkenaan sebenar telah dikenali ramai, namun telah memilih jalan yang ditegah Islam untuk kekal diingati.


Foto: IG

“Buat Mak Cik Ifa Raziah, mak cik sebenarnya sudah dikenali oleh masyarakat seperti mak cik sebut dah 27 tahun jadi anak seni.

"Apa yang sedia ada sekarang sudah cukup untuk  buat mak cik diingati ramai, namun makcik memilih jalan yang Islam tegah dan larang untuk kekal diingati.

"Kami doakan mak cik bertaubat dan sedar bahawa dosa mengajak ke arah dosa itu besar. Terutama apabila ada peminat mak cik terikut dan membuat perkara yang sama seperti yang mak cik telah lakukan," tulisnya.


Dalam pada itu, PU Syed turut mempersoalkan tindakan Ifa Raziah yang seharusnya berubah memberikan tauladan yang baik kepada umat Islam.

“Demi perhatian orang, makcik sanggup berterusan melakukan perbuatan yang Islam menegahnya. Bilakah agaknya makcik berubah agar menjadi tauladan yang baik buat manusia?.

"Dulu ada ustazah datang beri teguran secara berdepan dan juga teguran secara terbuka. Semuanya asbab kasih kepada sesama saudara Islam.

"Maka besar harapan agar mak cik berubah atau adakah mak cik nak tunggu malakul maut yang datang memberi sebesar-besar ingatan iaitu MATI?,"soal PU Syed.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 31-5-2023 12:11 PM
biar je lah mailakat maut datang kalau gitu... yang ko sibuk sangat dah kenapa....

silap2 nyawa ko yang di ambil dulu... dan paling sadis... acik2 semua takut ipa puk puk lagi banyak pahala dari kau gittuh kat sana nanti... meskipun dedua di humban ke dalam neraka... cuma yang ko punya paling bawah sekali sebab menonggeng agama... ipa puk puk duk level atas sikit... checkout pun lebih awal....

Quote youell 31-5-2023 12:15 PM
Mmg la ifa tu salah. Tp meluat la tgk geng geng piyu daie bagai ni acah terpaling masuk syorga
Quote Denco 31-5-2023 12:23 PM
ko nk tegur or nasihat tp x kena cara. p la diam2 approach sana x yah sembang memekak sana sini

terpaling sgt la nk menegur, mcm la ko maksum.
Quote zuriey 31-5-2023 12:23 PM
Jah pekong dan bini dia ko tidak pernah tegur kan..
Atau lelemak yg dok tayang bikini tu
Quote Buritan 31-5-2023 12:26 PM
dudaberhias replied at 31-5-2023 12:11 PM
biar je lah mailakat maut datang kalau gitu... yang ko sibuk sangat dah kenapa....

silap2 nyawa ko  ...

Kann.. kenkadang berckp tuu mcm aaa I masuk syurga . U neraka dah ckp pls welcome
Quote Buritan 31-5-2023 12:28 PM
zuriey replied at 31-5-2023 12:23 PM
Jah pekong dan bini dia ko tidak pernah tegur kan..
Atau lelemak yg dok tayang bikini tu

Tego pun terpilih.. si lemak tu mana brani tego.. kalo dah terplg tuu pi tego bini soltan bini menteli semua tuu
Quote tukul 31-5-2023 12:33 PM
youell replied at 31-5-2023 12:15 PM
Mmg la ifa tu salah. Tp meluat la tgk geng geng piyu daie bagai ni acah terpaling masuk syorga

boleh la tubuh geng usrah dgn retis nanti si PU ni...untung2 leh jadi mcm ustaz wadi...cuti2 rehlah usrah di pulau naik eloplane
Quote imransulaiman 31-5-2023 12:48 PM
Kalau dah sekali dua tegur tak jalan juga, cukuplah benci dalam hati..dan sentiasalah doakan dari jauh (tak payah umum dalam socmed) agar mereka diberi hidayah. Agama pun ajar macam tu.

Tak payah tegur banyak kali yang membuatkan mereka marah dan lebih menyimpang. Ni siap panggil makcik lagi.
Quote Binodino 31-5-2023 12:56 PM
Edited by Binodino at 31-5-2023 12:57 PM

Terpaling menegur. Tapi pilih bulu

Pelik kenapa yang dia dok bagi teguran tu semua untuk wanita yang seksi meksi? Kenapa tak bagi teguran untuk kaum lelaki jugak? Takde ke buat teguran terbuka untuk sol?
Quote Addrianna 31-5-2023 12:56 PM
Banyk pulak masa dia ambil tahu pasal hiburan semata.asal retis je kau bising geng kau buat hal kenapa x ada pulak panjang lebar kau nasihat?dah lah tegur orang pun kasar
Quote penjarasgbuloh 31-5-2023 01:01 PM
Aduhhh pedihhhh style tegur kalini. Kalau tak sedar juga tak tau la.
Quote umbut 31-5-2023 01:05 PM
Dah tegur x jln dah lah.. geng2 ko x tegur pulak.
Quote red_velvet 31-5-2023 01:22 PM
Edited by red_velvet at 31-5-2023 01:24 PM

Type panjang2 ingat ipah puk2 ada follow ko ke? Silap2 ko pun dia block ...kalau niat nak menegur tu kerana agama, apa kata ko pegi approach ipah puk2 tu senyap2.. wasap dia ke, DM ke, tak pun pegi je beraya rumah dia.. ni nak raya haji beli kambing sekor, korbankan pastu daging tu  ko hantar la rumah ipah puk2, selitkan sekali surat teguran ko.. setel..ni dekat socmed jugak ko nak menegur.. lepas tu ntah2 kalau teserempak geng2 retis yg ko kecam tu cepat2 ko lari semunyik balik serban.. setakat berani sembang kat socmed je..  macam bagus
Quote aciksenah 31-5-2023 01:46 PM
Terpaling rasa diri terpaling ahli syurga...tak payah la tegur sampai menghina mcm tu sekali. Memang tak layak di panggil ustaz..piyu.
Quote winky1 31-5-2023 02:10 PM
Caring sungguh pusaid ni dgn kak ifa
Quote noor2 31-5-2023 02:12 PM
Laki dia pun x tegur PU oii....
Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 02:53 PM
padan muka acik kepam ....dasar x sedar diri
Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 02:54 PM
acik ifa nih klu x cucuk muka...rupa dia suam2 kuku jer
Quote namieamuro 31-5-2023 03:59 PM
tu la sibuk sgt tegur retis blekpink la, kolplay la, sekali retis malaysia pn ade yg lg hanat dr tu

piyu sed ni jgn tetibe kantoi mcm dewa dewi sayu dah la

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.153277 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top