Walaupun penerbit sensasi Datuk A. Aida mendedahkan hubungannya dengan bekas suami baik-baik sahaja, Ameng pula mendakwa ia hanyalah kerana anak. Vokalis kumpulan Spring itu berkata, ia kerana menjadi tugasnya sebagai wali kepada anak perempuan mereka iaitu Wan Az Aleesa yang dijadual melangsungkan pernikahan Julai depan.
Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 54, juga menjelaskan dia tidak akan menampakkan 'batang hidung' dalam majlis lain yang dirasakannya tiada keperluan untuk hadir. "Semua ni sebab anak. Majlis pertunangan itu pula acara agama. Kalau macam majlis hari jadi, majlis kesyukuran, yang kita rasa tak perlu hadir, saya tak hadir. "Tapi disebabkan saya perlu menjadi wali, jadi kita akur kerana kehendak agama," katanya kepada mStar ketika ditemui pada sidang media Konsert Kasih Pengasih 2023 yang diadakan di Rumah Pengasih, Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam masa sama, Ameng berkongsi keterujaannya menyambut kehadiran menantu pertama. “Tak sangka rasanya (anak nak kahwin). Anak saya ni duduk dengan ibunya tapi saya pernahlah terserempak dengannya. "Saya tidak pernah lihat dia berjalan dengan lelaki jadi saya sangka dia tiada kekasih. "Dia tidak pernah berkongsi kisah peribadinya sehinggalah dia nak bertunang baru dia beritahu saya," ujarnya. Tambah Ameng lagi, dia bersyukur dan menerima kehadiran bakal menantunya iaitu Zain Azrai Abdul Aziz menjadi ahli keluarga baharu mereka. "Alhamdulillah, bakal menantu saya lihat dia seorang yang normal sebagai manusia. Tak ada benda-benda pelik. Dia mempunyai kerjaya yang baik. Muka pun jujur. "Keluarga bakal besan saya semuanya seorang doktor. Ayah, mak, kakak dia semuanya doktor dan mereka mempunyai enam buah klinik tetapi dia seorang juruterbang," jelasnya. Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, A. Aida atau Zaidah Awang, 53, mengakui dia tidak pernah bermusuh meskipun sudah bercerai sejak 20 tahun lalu dengan Ameng. Kata A. Aida, dia sendiri yang meminta Aleesa untuk mengajak Ameng agar hadir pada majlis pertunangan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu. Untuk rekod, A. Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan Ameng pada 1994 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 27, dan Wan Azevanatassha, 22, namun bercerai pada 2003. Sumber: mStar
|
Orenn1 replied at 31-5-2023 08:05 AM
Bukan a aida penah sumbatdia dlm penjara ke? Dasat jugak kesah dorg
dewi_rina replied at 31-5-2023 08:36 AM
Ni i google takde keluar kisahnya..
sranua replied at 31-5-2023 04:37 PM
Dah bekas isteri dia yg sumbat dia masuk penjara. Nak bagi nafkah macam mana kalau dah dalam lokap.. ...
Orenn1 replied at 31-5-2023 08:41 AM
Tu lah kan, ke ameng ni masuk penjara dua kali, sekali a aida sumbat, sekali lagi kes dadah, aku p ...
dewi_rina replied at 31-5-2023 04:35 PM
I google balik gambar lama dorang, omg buruknya nek aida ketika dahulu
Manjang pose mendada
sranua replied at 31-5-2023 04:37 PM
Dah bekas isteri dia yg sumbat dia masuk penjara. Nak bagi nafkah macam mana kalau dah dalam lokap.. ...
dewi_rina replied at 31-5-2023 08:42 AM
Kisah dorang ni panjang kalau sape ikuti zaman dulu.. Kejap cerai pastu rujuk balik, cerai lagi.. ...
ADVERTISEMENT