CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kita Dah Baiklah Dengan Dia, Jadi Friend-Friend," Puteri Sarah Terbitkan Buku, Tulis Yang Baik-Baik Tentang Syamsul Yusof

31-5-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6047| Komen: 83

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin gembira dan terharu apabila bukunya berjudul Puteri Sarah : Terus Melangkah akan mula dijual bermula 31 Mei ini.

Bagaimanapun Sarah mengaku naskhah ini tidak ada kena mengena atau mahu menjaja kisah peribadinya termasuklah  kes mahkamah melibatkan dia dan suami, Syamsul Yusof.


Foto: IG

Malah, Sarah  juga sudah memaklumkan kepada Syamsul bahawa dia akan menerbitkan buku tersebut.

“Buku ni memang tak ada kena mengena dengan kes, memang dah tapis.

“Actually, Sarah pun dah bagitau kat Syamsul yang saya nak keluarkan buku. Saya kata ‘I nak keluarkan buku tau, tapi tak ada kena mengena dengan you.. respons dia, dia kata okay’,” katanya kepada XTRA.



Sarah mengaku semangat untuk menulis naskhahnya ini datang dari sokongan padu keluarga, rakan-rakan dan dua anaknya.

Mengulas lanjut mengenai bab yang paling dekat dihati, Sarah menjelaskan bahagian tersebut adalah apabila dia berkongsi tentang sumber kekuatannya.



Baginya, sumber kekuatan itu datang dari kedua ibu bapanya, ibu dan ayah mentuanya, orang terdekat dan juga anak-anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Dan, sepanjang menyiapkan naskhah ini, Sarah mendedahkan banyak menitiskan air mata.



“Sebenarnya banyak nak tulis dalam chapter ni tapi disebabkan banyak yang nak kena tapis jadi itulah dia. Kekuatan dari parents, in law dan anak-anak.

“Memang sepanjang proses untuk siapkan naskhah ni, memang banyak kali saya  menitiskan air mata termasuk orang-orang yang memberikan input untuk siapkan buku ini.

“Buku ini bukan cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa, hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja.

“Ini sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum. Saya nak benda ni diketengahkan dan dijadikan iktibar buat orang ramai diluar sana,” jelasnya.



Sarah dan Syamsul Yusof kini dalam keadaan baik dan rapat seperti kawan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungannya bersama Syamsul, Sarah bagaimanapun mengaku dia kini sudah berbaik dengan suaminya itu.

“Kita dah baik lah dengan dia… kita dah jadi friend-friend dah yang penting kena tulis yang baik-baik pasal dia,” ujarnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 31-5-2023 11:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the contents
Quote lifeline 31-5-2023 11:54 AM
tp dlm hati kecil ku teringin jugak nk tgk sol n PS ni bersatu kembali
dgn syarat IK berambuss jauh2
mcm secocok n masih ada vibe depa dua ni
apa2 pon semoga yang terbaik lah ye
Quote ira_229 31-5-2023 11:56 AM
patut PS keluarkan buku sampai habis kes dia sebab ramai nak tau process kes dia dari awal sampai habis..boleh buat rujukan.
Quote kucingitam 31-5-2023 11:59 AM
matjerk replied at 31-5-2023 11:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the c ...

hahaha baru nak komen yang sama.. Shelup: Terus Menyeringai..gitu tajuk buku..
Quote Binodino 31-5-2023 01:11 PM
ira_229: patut PS keluarkan buku sampai ...


Kalau nak tunggu kes selesai entah bila pulak boleh launch.

Yang pasal kes tu mungkin bakalan ada dalam jilid 2 perhaps?
Quote Binodino 31-5-2023 01:12 PM
matjerk replied at 31-5-2023 11:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the c ...

Dia high scorer sepanjang di MSU atau high scorer untuk 1,2 sem je tapi gebang lebih?
Quote Chah21 31-5-2023 01:22 PM
kucingitam replied at 31-5-2023 11:59 AM
hahaha baru nak komen yang sama.. Shelup: Terus Menyeringai..gitu tajuk buku..

Adui berdekah baca
Quote Manusiabesa 31-5-2023 01:25 PM
Ps freedom p sana sini sbb xda haters.bahagia luar dalam. Sol pun sama, aktvt mcm biasa.tp yg aku wonder betina tu dok buat apa kt rumah 24/7 xbosan ka. Nk kluar pun tkut dekat netizen.. kang kena ludah xpasal2 ja dgn netizen.. so btina tu dok buat apa je hri2 slain masak sotong tumis basi tu?  Hg tggu la smpai dkt2 nk mati nnt hg akn merana selagi x cari ps utk minx ampun maaf salah silap. Kifarah allh swt tu pasti.
Quote Manusiabesa 31-5-2023 01:27 PM
matjerk replied at 31-5-2023 11:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the c ...

Napa..dia budak dekan kt uni dulu ke. Amboi2 sndiri jaja ke? Klw dh otak bijak sgt jom cabar dia smbung master lanjut phd. Alang2 xjdi ngndung tu kan.
Quote _blackbird 31-5-2023 01:49 PM
ira_229 replied at 31-5-2023 03:56 AM
patut PS keluarkan buku sampai habis kes dia sebab ramai nak tau process kes dia dari awal sampai ha ...

tu nnt part 2 ler.. lagi la letop masyuk huhuhuhu
Quote _blackbird 31-5-2023 01:53 PM
matjerk replied at 31-5-2023 03:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the c ...

betul ke high scorer? top of the class? top of faculty? best of the best dlm msu atau top scorer msu bertahan sepanjang zaman ? please be specific
Quote pocongkiutss 31-5-2023 01:55 PM
matjerk replied at 31-5-2023 11:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the c ...

Omg..iols baru nk cakap benda yg samaa
Quote per706 31-5-2023 01:55 PM
Semoga terus berSAHABAT BAIK selamanya even x dpt nk bersama lagi,biar insecure sepanjang hayat hat sana tu
Quote dudaberhias 31-5-2023 01:57 PM
teruskan menjual dan keluarkan apa yang patut sementara nama tengah di sebut2...

nanti dah basi takleh la nak jual buku ke beskot dah... si shelup shelup terpaling bingai... tak sampai 3 bulan dah terkambuih bisnes beskot sheols...

harap2 ps jual harga friendly untuk semua asalkan masyuk...

Quote pocongkiutss 31-5-2023 01:58 PM
per706 replied at 31-5-2023 01:55 PM
Semoga terus berSAHABAT BAIK selamanya even x dpt nk bersama lagi,biar insecure sepanjang hayat hat  ...

Amin amin amin amin aminnnnn
Quote Mamason 31-5-2023 01:58 PM
Bagusnya, masih boleh dan sempat utk menulis.  Sape2 dah beli buku beliau nanti update ek...
Quote noor2 31-5-2023 02:05 PM
Bagusla dia ni pandai healing diri..kira dia jenis redha @terbuka dgn takdir dan ujian..semangat dia kuat...
Quote likilu 31-5-2023 02:07 PM
matjerk replied at 31-5-2023 11:50 AM
Next, Shu pulak akan terinspirasi nak buat buku....
Kisah cinta high scorer di MSU harus70% of the c ...

Elok, sorang tersengih menganga
Sorang tersengih menyeringai

Lama lama netizen keluar buku pasal korang tahu la.
Quote zuriey 31-5-2023 02:23 PM
Bt la apa ko suka sarah
Npk dah bahagia dgn jln hidup ko
Acik2 kepam dan fonen2 porum tetap akan cerca samaada ko bt baik ke tak baik
Harap lps ni tak de la bini2 retis dok cari sarah minta nasihat itu ini nnti ko juga dituduh jahat ajar org bercerai berai sarah oiii

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050482 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top