CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tak Senang, Pertikai Kenapa Aisha Retno Bantu Waode Big Stage Buat Persediaan?

31-5-2023 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1783| Komen: 13

Nama Aisha Retno menjadi sebutan peserta Big Stage, Waode dari Indonesia kerana penyanyi itu banyak membantunya dari segi persembahannya.

Namun perkara itu kurang disenangi netizen yang mendakwa Aisha tidak sepatutnya menghulurkan bantuan kepada Waode kerana menganggap ia sebagai tidak adil.


Foto: IG

Tampil membela diri, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi perbalahan kerana merasakan dia ia bukan satu kesalahan membantu.

"Bagi saya untuk membantu dalam muzik bukanlah perkara berat kalau ada masa kita akan lakukan, kalau tak ada masa kita cakap tak ada masa.

"Saya rasa tidak menjadi satu kesalahan atau melanggar kontrak sebab yang menyanyi di atas pentas itu bukan saya tetapi adalah peserta itu sendiri," katanya kepada mStar.


Pemenang tempat ketiga Big Stage musim keempat berkata dia hanya sekadar membantu memandangkan Waode kurang berpengalaman dengan pertandingan di Malaysia.

"Seperti yang kita tahu Waode berasal dari Indonesia, jadi pengalaman mengenai Malaysia itu agak kurang. Kita sebagai rakan cuma membantu, tambahan pula bapa saudaranya adalah kenalan ibu saya.

"Bantuan yang diberikan juga tidak seberapa, dia hanya mahu mendalami dan memahami mengenai Big Stage dan apa perlu dilakukan.

"Lagipun Waode seorang penyanyi berbakat, sayang kalau saya tidak membantunya walaupun sedar dia mempunyai lebih banyak ilmu berbanding diri saya. Tiada salahnya kita saling tolong menolong," jelasnya.




Malah kata Aisha, dia juga tidak teragak-agak untuk membantu peserta lain sekiranya mereka memerlukan bantuan sama daripadanya.

"Kenapa saya tak tolong yang lain, kemungkinan mereka sudah ada pasukan mereka sendiri. Saya pula tak nak masuk campur memandangkan mereka sudah ada team yang kukuh.


"Tapi kalau mereka memerlukan bantuan, saya akan sentiasa sudi untuk menghulurkan bantuan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 31-5-2023 11:44 AM
OK... ayat aku akan sgt jahat, tp nape la x lawa sungguh Aisyah Retno ni.
Bile pakai make up beria camtu lg nmpk nau desa nan permai
Quote che-cikL 31-5-2023 01:44 PM
slyfynx replied at 31-5-2023 11:44 AM
OK... ayat aku akan sgt jahat, tp nape la x lawa sungguh Aisyah Retno ni.
Bile pakai make up beria c ...


Setuju. Ada sesuatu pada wajahnya membuatkan nampak tak lawa. Iols selalu gak tertanya2, tapi takde nak niat nak hina ciptaan Allah atau face-shaming her.  Hidungnya ke, bibir terjungkitnya, bentuk matanya ke...

Tapi anyway, kena puji nampak kuat semangat budaknya.

Ingat lagi SitiSitu TokTik cakap kat audience Big Stage, org macam Aishah ni lah yg kita kena sokong.

Again, iols faham your point.

Quote Kampungpeoplesz 31-5-2023 01:49 PM
Terserlah kedesaan mu esah. Mekap bkati2 tetap la desaaaaaaa
Quote sukacactus 31-5-2023 02:01 PM
Aku pun rasa xsalah dia tlg
Peserta2 lain pun ada team yg assist buat persediaan, dia cuma buat benda yg sama ja
Quote Sazreena 31-5-2023 02:06 PM
Beria kaler rambut..dressing terpaling tapi tethap la buruk giler.
Quote anilanil 31-5-2023 02:22 PM
Esah retno & dalia fahana patut amik gambar side by side. Muka diorang sama spesis.
Quote rosedemon 1-6-2023 08:50 AM
buruknya esah
Quote AnnaSendin 1-6-2023 01:26 PM
Camner nak sebut Waode ittuew? Wodeh? Wow-deyh? Atau wadey makanan yindia ittuew?
Quote heythere123 1-6-2023 04:52 PM
lawa jugak rambut mermaid sheols.
Quote heythere123 1-6-2023 04:53 PM
anilanil replied at 31-5-2023 02:22 PM
Esah retno & dalia fahana patut amik gambar side by side. Muka diorang sama spesis.

ini iols sokong. Tak reti nak pinpoint part mana yg sama tapi macam satu kategori gitttew
Quote DianaSaksen 1-6-2023 06:36 PM
Aisha ni jadi host diari bigstage
Kayu amat jadi host tak sesuai dikkkk
Quote TerataiMelur02 1-6-2023 06:43 PM
che-cikL replied at 31-5-2023 01:44 PM
Setuju. Ada sesuatu pada wajahnya membuatkan nampak tak lawa. Iols selalu gak tertanya2, tapi takd ...

Lepas tu d tambah lagi cubaan nak nampak seksi.. iols terus macam “yakinnya kamu”
Quote tuttt 1-6-2023 06:49 PM
anilanil replied at 31-5-2023 02:22 PM
Esah retno & dalia fahana patut amik gambar side by side. Muka diorang sama spesis.

Muka diorg jenis jawline panjang ke cmne eh nak ckp

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.037230 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top